Follow Me

Edisi Memunggah Barang

Selamat pagi korang.. hai... sihat? hari ni ceria seperti biasa? :)

as macam biasa.. pagi-pagi wajib sarapan. dan wajib jugak melabur kat bank. aha.. hari-hari dok melabur. macam mana nak besar, kalau lepas makan je berak?

korang nak tahu tak?

ish.. ish.. ish.. susah nak cakap.

malam tadi as termenung.. tengok kat satu longgokan tepi katil as... korang tahu apa benda?

of course barang kahwin as.. yang diy lah.. yang dah beli lah.. yang nak kena gubah lah.. serabot.

adik as hari-hari masuk bilik as pun pening. ni kan pulak as.

as bukan malas nak kemas... nanti nak punggah lagi barang sebab nak cat bilik, lepas tu nak bawa masuk set bilik baru. baik kemas sekali je kan.

sebenarnya tangan as dah gatal ni.. tapi tak tahu nak buat apa... nak buat tempahan veil, tapi veil dah siap. tinggal bulan 6 dengan 9 je as kena proceed awal. tapi tak proceed lagi. hehe dan bulan 10 punya...

as pun dengan rasa yang bercampur-baur, as punggah lah balik barang-barang tu.. tengok apa yang ada. apa yang boleh di buat.. apa yang boleh di telek-telek..

ohh.. brown paper bag gua belum terusik.. memandangkan as dah gentel reben, as pun memberi seksaan tu pada adik as. akhirnya dia lah yang menjadi qadam as untuk menampal reben-reben di paper bag tu.. hahaha

as pulak? of course goyang kaki. haha.. tak adalah.. as pulak menyambung aktiviti menampak doily paper kat paper bag tu.. dapat lah 100 keping semalam. cuma as kena beli lagi 100 paper bag dan 2 gulung reben.

lepas siap tu, as tengok lagi apa ada dalam plastik-plastik tu..

ohh.. bungga penanggah tak siap lagi beli pin.. tak apa gaji nanti beli.

hmm.. lagi... ohhh.. ada satu diy projek as tak bagitahu kat sini.. hehehe... nanti as kumpul balik senarai benda yang as diy..

untuk sudut-sudut yang terlibat, balang kaca pelbagai saiz as dah dapat 3 saiz. 2 balang as beli kat Hinode Shop dan lagi satu balang adalah plastik yang as kutip atas almari mama as. hehe

almari kan tinggi, as dengan konfidennya terus lompat nak amik bekas tu.. bila dah penat melompat akhirnya, pakai lah kerusi. itu pun kena sindir dengan mama as..

mama : tak puas hati tu. nak jugak..

aku : hehehe

seronok kan bila buat benda-benda ni semua? as pasti, tak lama lagi mesti as rindu nak bersusah-payah mencari idea macam sekarang. rindu nak buat catitan kat buku wedding planner.. apa yang dah booking, apa yang tengah survey.. semua lah..

tapi kita manusia, ada kitaran hidup masing-masing... bila dah kahwin, sibuk pulak nak mencari pelamin untuk anak.. baby sekarang pun nak cukur rambut nak ada pelamin. dan jika di beri rezeki, as nak buat semua putih untuk cukur jambul anak as nanti.

wah, ko.. belum kahwin dah sibuk nak cari pelamin untuk anak pulak. sendiri punya wedding pun terkial-kial. adeyhh..

memang betol kata Incik Naruto, aku memang kuat berangan. heeee

0 2008 cinta berkata-kata:

Catat Ulasan

dah baca..kena lah komen sekali..:)

Copyright@Hak Milik Siti Norasfiza