tahun lepas beraya dengan perot. tahun ni raya dengan orang yang dalam perot dah keluar. heheh...
siapa lagi.. si kojet ai tu lah...
asal pergi uptown je...mesti baju ashraf dapat kitaorang beli. baju mak bapak nya? mana adoooo... sebab belum yang berkenan lagi di mata ni..
tak tahulah. dah cakap dengan Incik Naruto nak beli online. sekali rasa macam malas nak tunggu parcel. sampai Incik Naruto kata, bukan hari tu kata nak beli online ke? bini dia, tersengih je lahhhhh... sebab belum beli. sekali hari ni last payment last day untuk pos. redhoooo.. tak ada baju raya. uwaaaaaa... kesian.
dah 2x kitaorang terjah uptown danau kota. dapat lah grab 2 pasang baju untuk ashraf. 1 baju jalan dengan seluar jean. lagi 1 baju melayu kain pelikat.
memang dah lamaaaa aim baju kain pelikat ni. mula-mula harga RM50. tapi kitaorang tak decide nak beli on that time sebab fikir nak datang lagi sekali. semalam pergi lagi dapat lah RM45. okehlah.. jimat RM5. huhuhu..
haaa... ini lah bajunya. dah siap bergantung. belum basuh je lagi. kang balik kerja baru nak basuh. yang baju jean lengan panjang kat belakang tu pun as beli kat danau kota. kain memang sedap dan sejuk. katanya brand Mothercare. entah.
mak ashraf sempat grab brooch je weyhhh.... harga? RM10 untuk kesemuanya...
ayah ashraf as suruh beli baju kain pelikat yang jenis macam jubah tu tak mau. harga baru RM70. murah lah.. cantik pun cantik. kain pun sejuk... tapi dia kata tak berkenan lagi kat mata dia.
tunggu lah jalan lagi kat uptown Batang Kali ni... susah jugak berjalan dengan lelaki cerewet ni kan?
0 2008 cinta berkata-kata:
Catat Ulasan
dah baca..kena lah komen sekali..:)