Akhirnya... tercapai jugak hasrat hati nak memiliki pam elektrik. Walaupun single mingle janji dapatlah jugak.
Sebenarnya as dah lama niat nak tukar pam manual kepada pam elektrik. Pam manual as pakai jenama Anakku je. Sucking dia sangatlah tidak kuat. Tapi dapatlah sekali pam 4oz. Cuma penat dan kena berusaha keras sikit.
Mungkin jugak as ni jenis heavy duty kot.
Pam snow bear ni sampai semalam. Kebetulan semalam as tak bekerja sebab Ashraf tak sihat. Dia nak beralih bulan. Demam, selsema dengan batok. Tapi selsema dengan batok tu as rasa dia berjangkit dekat rumah pengasuh dia. Sebab ada budak yang sakit.
Beralih bulan kali ni memang teruk sikit. Kesian dia. Tidur pun tak lena sebab kadang-kadang hidung dia tersumbat. 4pagi kitaorang pergi Hospital sebab Ashraf susah bernafas. Cepat sihat ye sayang...
Hari ni as mula bekerja seperti biasa. Pam seperti biasa. Alhamdulillah... setengah jam boleh dapat 4oz. berbanding manual dulu 1 jam baru cecah 3oz lebih sikit.
Sakit? as tak rasa sakit sangat sebab pam manual dulu lagi sakit pada awal-awalnya. Dah lama-lama biasalah.
Best jugak pakai pam snow bear ni sebab ada baby sucking. Sedutan tu macam anak kita sedut. Memancut-mancut susu keluar.
Pam ni ada 3 type sedutan. Express, Normal dengan Gentle. As selesa memilih gentle. Dan yang bestnya as senang 0 kan breast.
Memang tak kecewa beli pam ni. Mula-mula hati tu nak beli Auntumz Passion. Tengok feedback dorang power-power. Tapi belum rezeki... tapi jangan kata single pam ni tak berbaloi. Senang buat power pumping tau.
Cukuplah review hari ni. ngeh ngeh ngeh....
0 2008 cinta berkata-kata:
Catat Ulasan
dah baca..kena lah komen sekali..:)