Follow Me

Mengepam Di Tempat Kerja

Sejak bekerja ni memang hari-hari as memerah dekat tempat kerja. Mula-mula fikir jugak dekat mana lah nak mengepam ni sebab as kan kerja dekat kilaitu g cina. Surau pun tak ada.

Hari pertama kerja dan merupakan hari pertama mengepam, as mengepam dekat belakang. Malu kot. hehehe... Tapi bila fikir-fikir balik, jenis pam yang as beli kan tiub dia panjang so as boleh mengepam dekat tempat duduk sambil buat kerja walaupun pam yang as beli bukan elektrik mahupun pakai bateri. MANUAL ok.!!
Masa ni as ambil keputusan untuk mengepam di tempat sendiri memandangkan tiub anakku ni panjang. Tak adalah orang nampak as tengah mengepam.

Tapi itu dulu....sekarang dah tukar tempat kerja. Dapat tawaran yang lebih berbaloi.
Sekarang pun masih mengepam tapi more privacy sebab dalam ofis as duduk sorang-sorang. Kalau ada orang masuk pun dorang akan ketuk pintu dulu. Walaupun duduk sorang-sorang, as masih memakai cover. Malu lah kalau bos masuk kan.

As bercadang mahu menukar pam manual ni kepada pam elektrik. Dan niat hati nak mencuba auntumz passion yang orang dok gembar-gemburkan ni. Tapi bila fikir-fikir macam membazir lak sebab Ashraf pun dah 3bulan. Lagi 3bulan dah nak makan makanan oejal. Sekarang pam manual pun masih mencukupi keperluan Ashraf. Jadi tak perlu lah kot. Tunggu anak no.2 baru beli yang canggih sikit. Huhu

Pam secara manual ni memang kena sabar. Sebabnya kadang-kadang kita dapat kurang.. kadang-kadang dapat lebih. Tengok macam mana kita kosongkan breast kita.

As selalu kalau mengepam mesti akan urut breast bagi susu keluar banyak dan nak kosongkan breast. Konsep penyusuan Demand & Supply. Sebab tu as akan usaha pastikan breast kosong.

6 2008 cinta berkata-kata:

  1. salute la as... kuar byk x pakai pam tu..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klo betol2 pam..belah kanan je dpt 4 5 oz.. belah kiri 2 oz je.. as pn xtau knp belah kiri mcm sikit je dpt.

      Padam
    2. kwn tqah ade gak cmtu..belah kanan sikit..kiri banyak..kalau baby byk menyusu sebelah memang xseimbang kot

      Padam
    3. Oohh..begitu..lps ni kna bg belah kiri je dlu..belah knan pam.
      punca belah kiri ni sb dulu bengka susu..bg anak isap smpai reda sakit. Lps tu langsung...keluar pn sikit2 je..

      Padam
  2. Sebenarnya manual lagi senang. Saya pun kadang2 manual.Saya pun pam kat meja jer..goodluck as.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeke? Tp seronok tgk org pam pkai letrik punya. Penuh 1 botol. Kita yg manual ni memg kna gigih. Tak apa..usaha tnda kejayaan. :)

      Padam

dah baca..kena lah komen sekali..:)

Copyright@Hak Milik Siti Norasfiza