Sepatutnya as bercuti pada 09.12.2013 tetapi disebabkan as dah tak larattttt sangat as terus cuti 01.12.2013. As bukan saja-saja buat tak larat tapi faktor kerja as yang tak selalu duduk dekat ofis menyebabkan as cuti awal.
Yelah, baru duduk kejap dah kena cek barang ni. Bangun dan keluar balik pergi production. Carilah 1 kilang. Kalau macam dulu boleh lah nak jalan laju-laju. Bila dah 38w keatas nak jalan laju-laju lagi memang tak lah. Menyeret je aku jalan sambil pegang perot sebab baby dah ke bawah sangat.
As mula merasa sakit sejak awal bulan 12. Tapi hanya sakit yang as masih boleh tahan lagi. Tapi kesakitan yang sebenar as rasa masa 06.12.2013..
05.12.2013
Tiap kali bangun pagi sakit macam sengugut selalu datang. Sakit ni datang sekali dengan sakit pinggang dan mengeras. Tapi tak kerap..
06.12.2013
As rasa sakit sengugut yang kerap. Mula-mula tu sejam sekali. Walaupun sejam sekali tapi as masih mampu menjahit manik okeh. Hehehe... sebab masa ni tengah gian. Tak tahu la kenapa.
Tapi tengahari tu dalam pukul 1.30 as dah tak boleh tahan. Sebab sakit yang as rasa dah kerap. Terus as call Incik Naruto suruh balik. Kemudian decide pergi hospital Kuala Kubu Bharu untuk pemeriksaan.
As diarahkan pergi ke wad 5 iaitu wad bersalin. Sesampai je kami di wad 5 as kena masuk ke labour room. First time okeh masuk labour room. Hoapital Kuala Kubu ni hanya boleh bersalin normal sahaja dan para suami tak boleh teman.
Masa ni lah as rasa pengalaman diseluk. Takot jangan cakaplah.. mengigil-gigil. Laboir room tu pun tak tahu macam mana rupanya. Selalu tengok dekat tv je.
Masa misi seluk tu bukaan hanya 2cm saja. Tapi misi ada pesan. Try tengok maghrib nanti ada rasa sakit yang 10minit 2-3kali terus pergi hospital. Tapi rasanya tak sampai mahgrib as dah rasa sakit yang semacam. Rasa nak meneran. Dan panties as memang berdarah akibat diselok tadi.
Petang tu jugak kitaorang plan pergi hospital Selayang. Tapi sebelum tu sempat lagi as pergi beli barang dapur, pergi makan kat kedai. Semua gara-gara nak bagi bukaan tu cepat sikit dan as dah agak ready untuk deliver.
Kami sampai di hospital Selayang dalam jam 10malam. Terus pergi ke wad bersalin di tingkat 5. Malam tu as diselok 2kali. Dan kami diarahkan balik sebab bukaan masih 2cm.
07.12.2013
Sebelum as bersalin pada jam 11.53 p.m, as ada rasa sakit. Darah kena selok masih ada. Tapi belum ada tanda-tanda besar nak bersalin macam pecah ketumban ataupun keluar lendir bersama darah.
Sakit masa ni nak kata macam sengugut tak jugak. Tak tahu nak explain macam mana. Tapi 1jam sekali.
Masa ni as tak minum lagi air selusuh. Tapi mama as ada datang petang tu bawa air selusuh atok as buatkan. Masa mama as datang rumah, sakit as makin kerap. Setengah jam sekali. Dan sakit tu macam nak putus pinggang. Mama as cakap mungkin nak bersalin. Incik Naruto dah sedia maklum akan balik awal.
Lepas mama as balik dalam jam 6petang, as tengok jam sakit contraction tu dah kerap. 10-5minit sekali. Sakit contraction yang as rasa as tahan sampai boleh menggigil badan. As wassap Incik Naruto tanya dia di mana dan dia cakap on the way balik. Akibat rasa menaip tu lambat sangat as terus call dan cakap as sakit.
Sampai je Incik Naruto kat rumah terus dia dapat kan as dalam bilik. Contraction as lega sikit. Tapi bila datang je sakit tu as genggam kuat-kuat tangan dia. Terus dia bawa as pergi hospital Kuala Kubu Bharu.
Plan nak bersalin di hospital Selayang tapi terberanak dekat Kuala Kubu Bharu pulak. Mula-mula ingat nak cek bukaan je tapi sampai sana terus dorang tahan sebab bukaan dah 4cm. Kemudian dekat panties baru rasa ada lendir keluar. Jadi pasrah lah diri.
As dimasukkan ke labour room dan tak sampai 10minit lepas doktor cek air ketumban as dipecahkan. Lepas tu rasalah kesakitan yang sakit... sakit... sangat. As dimasukkan air sebanyak 2 botol.
Proses teran meneran pun berlaku. As tak tahu dari pukul berapa dan berapa lama. Cuma yang as ingat as cakap as dah tak boleh nak teran tapi misi cakap jangan cakap tak boleh, mesti boleh. As disuruh pegang kepala baby yang menandakan lagi sikit je as kena teran.
Dan akhirnya... lagi 7minit pukul 12pagi dan nak masuk hari baru, lahirlah seorang khalifah Allah ke dunia. Alhamdulillah.. As dikenakan jahitan sebanyak 3cm.
Incik Naruto cakap dia menitis airmata semasa dia azankan Mohd Ashraf. Dan masa as keluar dari labour room jugak dapat je as dia terus pelok as depan misi dan mak dia. Dia cakap dia tak dapat tahan sebak. Dia takut Allah bagi dia 2 pilihan. Tapi Alhamdulillah.. kedua-dua pilihan tu dia dapat.
Jangan tanya as... dari start masuk labour room as dah menangis. Masa dia pelok as dekat katil tu pun as menangis. Bukan gedik. Tapi as takut. Takut tak dapat jumpa lagi. Proses melahirkan melibatkan nyawa.. Orang kata antara hidup dan mati.
As berterima kasih dekat mama as sebab melahirkan as ke dunia ni. Kesakitan yang dia rasa saat melahirkan as dulu sudah as rasa. Sakit. Kakak sayang mama dunia akhirat.
Abang.. Ashraf.. awak berdua merupakan dunia saya. Dunia baru saya. I love u.
Alhamdulillah. masing2 ada pgalaman kan.
BalasPadamAntara hidup & mati :)
congrats as..tqah ingat lagi ms nk bersalin rayya ritu.. kalau xda husband kat sblh tqah xtau la cmne.. tqah dah hampir putus asa kot..as memang kuat encik naruto xde kt sebelah masa tu.. huhu.. sampai sekrang asek kene perli ngn husband.. sbb nanges2 suh baby kua cpt..
BalasPadamtahniah as :)
BalasPadamalhamdulillah...tahniah as.
BalasPadamAlamak..sebak pulak bca kisah awk brsalin...tp sweet pulak bila husband pelok awak lepas melahirkn tu..Tahniah tau.Selamat berpantang!!Jaga diri leklok..
BalasPadamAlhamdulillah..berjaya jugak lalui detik2 melahirkan dgn mudah & selamat. tahniah as & suami.
BalasPadam