Usia kandungan as dah mencecah 30minggu.. (last check up 8hb hari tu). Bila dengar misi cakap 30minggu hati ni macam nak meletop. Terkejot. Sebab rasanya macam dah tak lama je lagi.
Misi beritahu baby matang 36minggu tapi tetap kira 40minggu. Hmm..perasaan? Kadang-kadang tu sukar nak jelaskan.
Seronok? Ye.. memang seronok bila tengok perot berombak bila dia pusing. Kadang-kadang mengeras. Protes mungkin sebab mama dia selalu lambat makan. Maaf sayang.. kerja mama terpaksa berjalan banyak. Kadang-kadang tu mama tak larat sangat. Tapi part paling seronok bila dia seakan-akan faham apa yang kita cakap. Jom kita solat sama-sama, lepas tu makan. Nak? Kalau nak kick sikit. Cepat je dia bertindak balas. Hehe... anak mama memang cerdik.
Bila terkenangkan sakit bersalin... mampu ke aku? Hari-hari as berdoa agar semuanya selamat. Teringin nak tengok muka si kecil ni. Mesti comel macam mama dia. Hehehe... kalau nak hensem amik tang hidung ayah je tau. Sebab hidung mama ni penyek sikit. Biasalah anak jawa yang dah tak berapa nak jawa dah.
Segala persiapan as dah buat sikit-sikit. Itupun hasil pertolongan mama as. As pernah pergi dengan Incik Naruto kedai baby. Tapi masuk je dalam kedai masing-masing garu kepala. Baju apa nak beli? Berapa bulan punya? Alih-alih mama dengan ayah keluar tak beli apa-apa. Terukkan?
Mohd... itu lah panggilan mama dekat anak mama yang aktif ni. Tertunai jugak hasrat ayahnak anak sulung lelaki. Katanya boleh jaga adik-adik nanti. Hehe.... kadang-kadang bila mama makan yang Mohd suka, Mohd bergerak seakan seronok sangat. Kadang-kadang mama dah tak larat nak melayan mama tertido. Pukul 12 sayang.. esok pagi kita sambung main ye..
Mohd ni bertuah.. sebab Mohd merupakan cucu dan cicit sulung lelaki dalam keluarga mama.. Sebab tu grandma dengan grandpa sanggup buat apa je demi Mohd. Ayah pun sanggup ambil cuti banyak kali hantar mama pergi hospital kalau mama tak sihat. Ayah cakap ayah taknak apa-apa terjadi dekat orang yang dia sayang.
Kali ni blog mama menjadi nukilan buat Mohd. Mudah-mudahan engkau membesar menjadi anak yang soleh ye nak..
jgn risau dear, insyaAllah dipermudahkan semuanya...jgn fikir sgt tang sakit tu yer :)
BalasPadam