Follow Me

Ramadhan & Menyusu

Alhamdulillah... ketemu jugak dengan ramadhan tahun ni.

Tahun lepas ramadhan dalam keadaan pregnant. Tahun ni ramdhan dalam keadaan menyusu ashraf yang umur sudah 6bulan lebih.

Semalam dapat jugak berpuasa 1 hari. Walaupun pada kahir-akhir jam hampir berputus asa jugak lah. Dengan menyusu badan. Ashraf yang dah sangat lasak sekarang. Mak Ashraf dah tak larat nak dukung dah semalam. Sampai Ashraf tarik tudung mak dia, mak dia buat donno je... hehehe... mama tak larat lah sayang..

Juadah semalam pun Incik Naruto yang siapkan. Dengar je azan, lepas baca doa terus teguk air jambu + asam boi. perghhh.. nikmat. tapi itulah, terlalu rakus tekak terus sakit. huhuhu

Hari ni hari kedua berpuasa. As sedang cuba yang terbaik. Tapi kesian jugak lah dekat Ashraf semalam. Asyik nak bergantung je.. tak puas sebab minum susu kosong dan kebetulan sahur tu tak sempat makan berat-berat sebab terlambat bangun. sempat makan karipap sebiji, kurma 3 biji dengan air suam 2 cawan.

Sahur hari ni dah makan banyak sampai tak larat dah nak makan. hehe..

Tips untuk ibu-ibu yang menyusu sambil berpuasa macam as ni. hehehe

:- PERBANYAKKAN MINUM AIR MASAK SEMASA BERBUKA DAN SAHUR. BAGI MENGGANTIKAN AIR YANG HILANG DALAM BADAN SEPANJANG BERPUASA.

:- MAKAN DALAM KUANTITI YANG BANYAK TERUTAMA SEMASA SAHUR.

:- AMBIL SUPPLEMENT ATAU MAKANAN YANG MEMPERBANYAKKAN SUSU BADAN SEPERTI KURMA, BADAM, SUSU DAN SEBAGINYA. DURIAN PUN BOLEH JADI MILKBOOSTER JUGAK TAU.

Mudah-mudahan kita dipermudahkan amalan berpuasa tahun ni. Insyaallah.. aamiin...

0 2008 cinta berkata-kata:

Catat Ulasan

dah baca..kena lah komen sekali..:)

Copyright@Hak Milik Siti Norasfiza