Follow Me

Susu Badan Secara Eksklusif

Memang dari awal mengandung as dah berniat nak susukan Ashraf penuh selama 6bulan. Selepas 6bulan baru nak campur dengan susu formula dan puree.. Rasa tak sabar nak tunggu dia 6bulan. Tengok mummy-mummy bagi anak dorang makan, buat bubur, buat puree dari pelbagai jenis buah dan sayur. Seronok.

Bagi suri rumah senang sikit tak payah nak pam beria, sebab baby sentiasa dekat dan boleh terus bagi direct. Macam as yang bekerja ni memang kena kerja keras sikit lah. Hehehe....

Pada mulanya agak stress lah, takot susu tak cukup bagai. Sebab baby lelaki ni kan kuat menyusu berbanding baby perempuan. Itu memang as akui lah sebab masa pantang dulu Ashraf hisap sampai melecet. Sakit wooo... dengan bengkak susu nya.. uwaaa...

Dua kali as kena bengkak susu. Kali kedua kena tu yang demam tu. Nasib tak bentan. Atas nasihat mama as, as pekap breast dengan kobis. Bagi sejuk. Breast yang sakit tu as bagi Ashraf hisap sampai sakit tu reda fan breast yang tak sakit as pam. Huiishhh... azab gak la.
As punya pam manual.. hasil ni as dapat pagi sebelah kanan je sebelum pergi kerja. Tak pernah as pam dapat 4oz lebih untuk sebelah breast. Selalunya hanya dapat 2oz  setengah dan 3oz. Bila tengok hasil pam ni rasa lagi berkobar-kobar nak pam dan susukan Ashraf secara eksklusif.

Selalunya as memang akan pam dan bagi Ashraf susu direct sebelum pergi kerja. Kemudian, jam 10 atau 11 as akan pam dekat tempat kerja. Tempat kerja ada peti ais. Senang lah sikit. Hasil pam pagi dekat tempat kerja tu as akan bawa balik rumah. Sama ada as akan tambah stok atau bagi susu fresh dekat Ashraf.
Ni je stok yang as berjaya kumpul.. dan tengah usaha unruk kumpul lagi. As guna bekas dadih je. Dalam bekas dadih tu as letak 3oz.

Setiap hari as akan bekalkan Ashraf 4 bekas. Hari pertama kerja tu Ashraf hanya hisap 6oz / 2 bekas je. Itupun kata nanny dia banyak buang dari hisap. Dan Alhamdulillah... hari kedua dan ketiga as balik rehat tengahari Ashraf dah minum 9oz / 3 bekas. Sebelum pergi kerja balik, as akan tambah stok dekat pengasuh lagi 2 bekas. Dan pukul 6 as balik kerja Ashraf dah minum 6oz / 2 bekas lagi. Ashraf ni jenis minum sikit-sikit tapi kerap minta. Nasib waktu malam dia jarang minta susu.
As baru beli semalam dekat salah seorang agen shaklee area Bukit Beruntung. Ingat esok baru nak try. Hehehe.... rasa tak sabar dan berkobar-kobar nak kumpul stok susu untuk Ashraf.

Bagi yang nak COD shaklee di area berdekatan Bukit Beruntung dan Rasa boleh lah hubungi agen seperti di bawah :

SUJAIHAH ABU HASSAN
Shaklee ID : 864927

Blog : myinfovitamin.com
Email : myinfovitamin@gmail.com
Hp : 010-545 0225
FB : My Info Vitamin

1 2008 cinta berkata-kata:

  1. Alhamdulillah..teruskan usaha As.Sy ni terkedek kedek lagi

    BalasPadam

dah baca..kena lah komen sekali..:)

Copyright@Hak Milik Siti Norasfiza