Follow Me

Luka Jahitan Bersalin

Semalam sebelum tertido, ada jugak search tentang luka bersalin, darah nifas. Masa mandi semalam cakap dengan mama as. " ma..kakak rasa kakak ni macam dah period je.."

Terkejot mama as.

"Pandai lah ko. Darah nifas ni sebulan tahu tak. Nak tahu darah period atau tak sebulan selepas bersih nifas. Tapi mama dulu 7bulan baru datang period"

Nampak sangat kedaifan di situ. Yelah.. ingat darah nifas ni kejap je. Lepas tu beli pad yang overnight punyalah banyak. Sebab ingat darah nifas tu banyak sangat. Rupanya dah 5 hari tinggal sikit-sikit je.

Untuk luka jahitan pulak as basuh dengan air manjakani, asam keping, daun jambu dan garam kasar.

Pedih?

Tak rasa apa pun. Walaupun mula-mula tu fikir pedih lah jugak. Basuh dengan air ada garam. Mahu tak menitik airmata kalau pedih.

Selalu luka jahitan berapa lama ye nak sembuh? Hari ni as dah hari ke-6. Hati ni teringin nak tengok miss v tu. Macam mana rupa dia. Tapi takot.......

3 2008 cinta berkata-kata:

  1. luka jahitan org ckp 2 minggu. tp mcm zimie rasanya 2 bulan jugak kot. maybe jahitan byk kot huhuhu bila duduk tu sakitttt

    BalasPadam
    Balasan
    1. duduk sakit sampai lama mana..tqah hari ke3 tu start sakit..rs tegang.. pastu org petua ltk minyak nr kat pad..sampai abes pantang dok pakai..alhamdulillah lama2 rs jahitan tu da xberbatas.. sapu skali kt miss v

      Padam

dah baca..kena lah komen sekali..:)

Copyright@Hak Milik Siti Norasfiza