Follow Me

Berpantang Secara Tradisional

As start berpantang pada hari ke-3 lahirnya Muhammad Ashraf. Lepas keluar dari hospital as terus balik Subang. Prosedur anak pertama sekarang kena stay dekat wad selama 24jam.

Sampai je rumah as terus mandi dengan air rebusan daun-daun apa entah. Idok ler tahu. Yang tahu air rebusan tu wangi je...

Keesokkan harinya as diberitahu bidan akan datang untuk mengurut as. Bidan tu merupakan sepupu mak as orang jawa dari Banting. Mak as dari dulu memang urut dan makan jamu diorang. Dulu arwah embah yang buat jamu. Sekarang ni orang lain yang buat.

Jam 7pagi as siap-siap untuk mandi air rebusan daun. Incik Naruto siap-siapkan sarapan dan tolong tengokkan anak sementara tu.

Dalam jam 8.30pagi tukang urut pun datang. Mula-mula sekali tukang urut tu settlekan dulu Ashraf. Dia mandikan.. tuam.. pakaikan baju.. dan tidurkan Ashraf.  Sambil dia buat semua benda tu dia terangkan satu persatu. Bila dah settle part Ashraf, turn as pulak disiapkan. Hohoho...

As disuruh berkemban. Dan mulalah urutan satu badan. Urrghhh.... sakit. Banyak urat-urat yang bersimpul. Lagi-lagi tang tulang belikat. Berdetap-detap bunyinya.

Habis urutan satu badan. As ditungku. Dipakaikan param satu badan. Dipilis. Diikatkan bengkung. As pakai bengkung jenis lama yang kena lilit pusing-pusing tu. Bengkung tu memang turun temurun. Dari mak as bersalinkan as. Adik nombor dua dan tiga. Sampailah ke as yang pakai untuk anak pertama.

As hanya berurut untuk 3hari sahaja. Tapi selepas habis pantang as kena urut balik untuk sengkak rahim.

Hari kedua dan hari ni last berurut. Lepas berurut susu badan as meleleh kalau Ashraf isap.   Sampai basahlah baju. Hari kedua tu jugak misi klinik desa ada datang rumah untuk cek as dan Ashraf.

Alhamdulillah... kedua-duanya sihat dan misi kata Ashraf ada sedikit kuning. Kena rajin bagi dia susu.
Minta maaflah.. muka hampir tak menjadi orang. Hahaha.... biasalah.. orang pantangkan. Begitulah rupanya. Takkan pantang nak pakai lipstik, maskara kot.

Incik Naruto botak? Sebab dia sudah berniat jika semuanya selamat dia akan botak. Lagipun memang harapan dia nak anak sulung anak lelaki. Dan memang rezeki kami.... ;)

Harap-harap kuning Ashraf tak tinggi la. Kesian dia... hari-hari kena jemur. Lagipun as teringin jugak rasa makan jamu manjakani dengan jamu beranak ni. Dulu mak as makan yang bancuh. Tapi kali ni anak dia tak dapat nak makan yang bancuh sebab takut tak dapat telan. Jadi ambil kapsul sahaja..

8 2008 cinta berkata-kata:

  1. hoho.. chayok2 as.. msti brt as menten je kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum tahu lagi tqah...risau gak ni..hehehe

      Padam
  2. assalamualaikum.

    pertama sekali tahniah dapat baby dan selamat berpantang. moga keduanya selamat.

    as perlu sabar dulu utk makan jamu dan elak makan halia. itu yg buat kuning anak naik.jgn jemur dekat panas direct. senang kata bg je anak minum susu byk2. then ada petua lain, mandikan baby dgn herba dari kedai cina. ckp nk ubt utk hilangkn kuning anak.sy dh cuba utk baby dan alhamdulillah berkesan. tak pun rebus bunga kantan hingga putih dan mandikan baby dgn air rebusan tu.cuba lah.bidan yg urut saya bg tau.

    dulu dalam pantang sy guna salindah selain cara tradisional. mkn ulam2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh..yang guna air rebusan bunga kantan tu as boleh lah try..komfom wangi baby ni...

      Padam
  3. kena byk bf dia.. dlu thaqif pon kuning.. skrg normal kot.. doc pon ckp jgn risau sgt ;) insyaALLAH ok tu nnt ;)

    jom join
    http://cheqmoomoo.blogspot.com/2013/12/hadiah-dari-thaqif-giveaway.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap2 tak adalah teruk sangat kuning ashraf ni..risau..

      Padam
  4. alhamdulillah as dan baby sihat2 je.. :)

    BalasPadam
  5. alhamdulillah as dan baby sihat2 je.. :)

    BalasPadam

dah baca..kena lah komen sekali..:)

Copyright@Hak Milik Siti Norasfiza