Follow Me

Kisah Raya Haji

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat sahabat blogger semua. as harap masih belum terlambat. hehehe...

ada yang masih bercuti raya ker? jeles. as? Jumaat dapat cuti. Sabtu kena kerja weyhhh...nasib lah setengah hari je.

macam mana dengan raya korang tahun ni? seronok?

as seronok. seronok sangat. pertama kali beraya sebagai suami isteri. as yakin, korang yang baru kahwin ni pun mesti seronok tahap maksimum lah kan. hehehe...

tak kurang jugak yang baru jadi mommy. dapat beraya dengan baby baru. boleh pakai kan baby baju kurung atau baju melayu. kan? kan? kan? hehehe

raya kali ni, Incik Naruto tersangat happy. katanya "bertuah betol bulan ni. dapat bini, dapat hadiah, dapat suprise"

hehehe... bezday Incik Naruto tahun ni jatuh pada hari yang sama dengan raya haji. tu yang seronok bukan main. hehehe... as memang plan suprise party untuk Incik Naruto.

suprise pertama yang as buat pada tengah malam 26 haribulan. Incik Naruto tengah tido. as keluar bilik jap. pergi kat dapur keluarkan kek sebiji yang kecik comey tu. letak lilin sebatang. bawa naik atas. letak kat meja sebelah dia tido. agaknya dia terbau terbakar agaknya. terus dia bangun. hahaha...

Incik Naruto tanya, kepada lilin sebatang. as cakap sebatang ni maksudnya pertama kali kita sambut bezday abang sebagai suami isteri, pertama kali kita beraya sebagai suami isteri dan satu-satunya lelaki yang cnte sayang.

korang jangan gelak tau. as tahu kelakar. hahaha

suprise yang kedua masa kitaorang pergi beraya kat rumah atok as. as dah siap-siap simpan kek kat dapur. lepas tu as ajak Incik Naruto keluar hantar ayah as balik rumah sebab ayah as kena kerja petang. biasalah orang kerja shift kan. lepas hantar ayah as tu, Incik Naruto nak singgah petrol. masa ni lah as call sepupu as kat rumah atok dan plan dengan dia. hahahaha

Incik Naruto kata patutlah masa dia dah sampai depan rumah atok semua bangun. rupa-rupanya "happy bezday to you... happy bezday to you... happy bezday to ude.. happy bezday to you.."
ye.. kami pakai semula baju nikah kami pada pagi hari raya tu. hehehe... still feeling pengantin baru. pergi surau dan balik surau pun jalan berdua jer... hehehe... solat hari raya pertama buat kami.

tak habis kat situ je. pada sebelah malamnya pulak, kami buat BBQ. Incik Naruto request. bukan main seronok famili as. sebab sebelum ni tak pernah pun nak buat BBQ ni. tak ada orang yang rajin nak buat. huhuhu
makan lah sampai muntah. ada sotong bakar, udang bakar, daging burger, ikan haruan, ikan jaket, hotdog, daging, ayam.

hari Sabtu as kerja setengah hari. lepas balik kerja tu as dengan Incik Naruto terus balik ke kampung. ecececehhh... nak buat macam mana, orang tak ada kampung memang macam ni. walaupun dekat Kerling, Kuala Kubu Bharu tetap daku panggil kampung. hehehe

kami belum ada kereta. jadi naik motor je balik kampung. tetap seronok.

ada lagi suprise untuk Incik Naruto. suprise ni as rancang dengan mak mertua dan kakak Incik Naruto. 

as cepat-cepat ajak Incik Naruto balik kampung. dengan alasan cakap nanti mama marah kalau lambat bertolak sebab hari nak hujan. masa dah masuk lorong rumah Incik Naruto tu, banyak motor depan rumah dia.

"abang dah agak dah.. mak ni mesti ada je plan dia"

as kat dalam hati dah gelak.

masa dah sampai tu ada doa selamat sikit. tup-tup, Incik Naruto nampak kakak dia keluarkan kek. 

as ikut Incik Naruto masuk bilik dan bagitahu kat dia "maaf ye abang, cnte yang rancang dengan mak dan kakak untuk hari ni"

Incik Naruto senyum dan pok! kena tepuk dahi dengan dia. "dah pandai sekarang...."

hahahahaha....
ni lah dia bezday boy yang kena suprise tu. hahaha... disebelah Incik Naruto adalah abang ipar dia. yang bezday nya sama bulan 10. yang berdiri sebelah kiri tu adalah mak mertua as :)

5 2008 cinta berkata-kata:

  1. best la.. org lak laen version.. 1st aidiladha yg kureng sket.. huhu

    BalasPadam
  2. banyaknyee surprise.. best an dapat raya dengan suami.. =)

    BalasPadam
  3. waaa...untung nye byk btl celebrate.huhu

    BalasPadam
  4. hai pn as..
    sonok kn raya 1st bersama suami...hehhe
    as mmg pndai wat suprise..suka!!

    BalasPadam
  5. waahhhh bykknya suprise..untung suami as,alhamdulillah..

    BalasPadam

dah baca..kena lah komen sekali..:)

Copyright@Hak Milik Siti Norasfiza