Follow Me

Serah Kuasa

Amik ko... macam besar pangkat kan nak serah kuasa konon.. 

hahahaha....

gini ceritanya.. minggu lepas as pergi rumah Incik Naruto sebab sedara dia kahwin. as pergi dengan famili naik kereta. dan as dah bincang hari tu dengan Incik Naruto nak bagi sikit barang hantaran yang mana as dah beli.

lagipun as bawa batal wudhuk sekali.. kalau nak bagi kat Incik Naruto, as bukan tak yakin.. tapi bahaya.. yelah, dia datang rumah as bawa motor. perjalanan dari KKB ke Subang tu makan masa 1 jam. risau as kalau dia balik malam-malam bawa barang berharga macam tu. bukan nak doa yang bukan-bukan.. tapi malang kan tak berbau...

yang as bagi hari tu, handbag, kasut hantaran, batal wudhuk, Al-Quran, telekung dan tuala.. ada lagi 2 barang yang as belum beli lagi.. ingat bulan ni nak beli set penjagaan muka..

InsyaAllah, minggu ni Incik Naruto akan datang rumah dan serahkan borang lelaki.. mudah-mudahan.. urusan kami untuk mendirikan masjid berjalan dengan lancar..

dan sekarang ni.. as dengan mama as tengah bertungkus-lumus mencari lagu untuk dipasang masa malam berinai dan sanding.

kenapa mama as pun ada? nanti as cerita.. daaaa... ;)

5 2008 cinta berkata-kata:

  1. saya dah pun bagi pada en.tng barang hantaran untuk digubah oleh maknya nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe..sama lah.. berdebar-debar bila dah nak dekat ni.. kikiki ;p

      Padam
  2. wah..siap buat selection lagu apa nak pasang masa malam berinai dan sanding ya :))

    BalasPadam
    Balasan
    1. a'ah awak..sebab famili kata lagu yang as pilih ngarut2..hehehehe

      Padam
  3. wawah... mcm mne progress borg?

    BalasPadam

dah baca..kena lah komen sekali..:)

Copyright@Hak Milik Siti Norasfiza