Follow Me

Permohonan Wali Hakim Part 2

Sambungan dari entry pertama.[klik sini]

bukan mudah untuk menggunakan khidmat wali hakim untuk sesuatu perkahwinan. pada hari Selasa 17/7/2012 as dengan famili telah pergi ke Mahkamah Syariah di Shah Alam untuk menghantar dokumen-dokumen yang telah diberi.

dokumen ini haruslah di lengkapkan dengan beberapa salinan surat beranak pemohon dan saksi untuk proses selanjutnya. tapi as masa isi dokumen tu memang totally tak faham. susah giler.

apa benda entah afidavit, sepina.. hahaha.. alih-alih as isi mana yang as faham jer. yang lain tu bawa balik ke Mahkamah Syariah dan tanya satu-satu. yelah, nanti salah isi kang kena isi balik pulak. kalau dokumen tak lengkap dorang taknak proses lak.

bak kata pepatah, malu bertanya sesat jalan.. tapi signboard kan ada? hahahaha
selepas semua dokumen lengkap.. ambil nombor dan tunggu sehingga nombor dipanggil. tak lama mana pun.. kalau kentut tak sempat nak bau pun. hahaha

okeh, untuk permohonan wali hakim bayaran akan dikenakan sebanyak RM 39. lepas bayar dorang akan bagi resit sebagai bukti. kalau tak bagi sila lah minta ye...

bila semua dah settle.. dorang akan bagi tarikh untuk biacara serta dewan berapa kita kena masuk.

entry ini akan bersambung part 3 nanti... hehehe... panjang wa cakap sama lu... ;)

0 2008 cinta berkata-kata:

Catat Ulasan

dah baca..kena lah komen sekali..:)

Copyright@Hak Milik Siti Norasfiza