Follow Me

Di Malam Hari

Sepanjang perkenalan as dengan Incik Naruto, ni lah kali pertama kami keluar tengah malam. sebab? Incik Naruto lah, teringin pulak dia nak pergi Uptown malam-malam buta...

rancangan awalnya, Incik Naruto nak datang sekejap je sebab nak serahkan borang lelaki. tapi lain pulak jadinya bila petang Jumaat tu Incik Naruto sms as ajak pergi Uptown Shah Alam atau Kota Damansara selepas dia balik kerja. Tapi as pilih Shah Alam sebab hari tu dah pergi Kota Damansara. siap ada drama lagi tu. huh.!

lepas pakcik tu menyuarakan hasrat hati dia tu, as terus inform dekat mama as.. yang Incik Naruto nak datang malam selepas balik kerja, dan lepas tu terus gerak pergi Uptown.

kami gerak dalam pukul 10.30 malam. sampai sana pukul 11 malam sebab as melilau nak cari ATM Cimb.. nak keluarkan duit. time-time macam ni petrol pump semua dah tutup okeh. terpaksa lah pergi Cimb dekat dengan Plaza Masalam tu. cerewet kan? hahaha

sampai je kitaorang kat Uptown tu, aduhhh... lupa pulak yang hari tu malam minggu.. berderet kereta beratur nak masuk... sampai as tak bagi can langsung kereta nak mencelah. muahahahaha.....
 ni as yang makan.. siap kena perli lagi dengan Incik Naruto sebab selera macam ular sawa.. tak padan dengan badan. ;p
 air kelapa besar.. terbaik. tapi kitaorang kongsi sebab kalau minum sorang memang takkan habis punya lah...
satay ni Incik Naruto punya.. lagi satu kerang bakar.

hmm.. itu je lah cerita.. hahaha... warm up sikit nak puasa ni.. kikikiki

1 2008 cinta berkata-kata:

dah baca..kena lah komen sekali..:)

Copyright@Hak Milik Siti Norasfiza