Follow Me

Batal Wudhuk

kesian korang.. mesti lama tunggu as update kan? perasan hehehehe ;p

ada yang rindu tak? tak ada? tak apa lah.. tapi tak kira ada orang rindu ke tak, as tetap nak buat entry. kikiki...

semalam, hari Ahad.. Incik Naruto datang rumah as. memang dah niat bulan ni kitaorang nak cari batal wudhuk untuk as. tapi, lain yang kitaorang rancang.. lain pulak yang jadi.. hehe.. biasalah kan, kata merancang.. Tuhan yang menentukan semuanya..

mula-mula as dengan Incik Naruto plan nak beli rantai tangan untuk as masa nikah nanti.. tapi atas pendapat mama as, beli rantai leher pulak.. tapi dengan melebur rantai leher as yang lama.. mula-mula tu Incik Naruto memang tak setuju.. tapi bila mama as terangkan kat dia, baru dia faham. mama as ni kalau bab beli emas dia memang pandai. pandai tawar menawar. itu as akui.
kitaorang menuju ke Sungai Buluh, Kedai Emas Poh Foong. kedai emas biasa-biasa je ye korang.. bukan yang mahal-mahal punya kedai.

sampai je kat kedai tu, mama as pun keluarkan rantai emas as yang nak dilebur tu.. rupanya rantai emas tu bukan emas 916.. tapi emas pound. patutlah dapat murah.. dapat dalam RM800++. tapi mama as tawar untuk cukup kan RM900..

lepas dapat harga tu, mama as tanya Incik Naruto berapa dia nak tambah. Incik Naruto bajet dalam RM550 - RM600.. orang kedai tu pun carikan harga rantai emas yang berharga RM1500 ke bawah.. lepas jumpa yang berkenan di hati.. dan mama pun suka.. rupanya, tak habiskan edisi tawar-menawar.. mama as minta kurang lagi.. hehe.. bila habis tawar-menawar, Incik Naruto hanya tambah RM570 sahaja..
lepas tu mama as pulak sibuk nak leburkan gelang emas adik kecil as.. gelang emas dia dah putus.. so, mama as leburkan gelang dia dan cari gelang baru tanpa menambah duit pun. lepas dapat gelang, duit yang ada masih berbaki.. orang kedai tu minta mama as beli rantai pulak untuk adik as. dapat yang berkenan dihati, duit tu pun masih berbaki. alih-alih, mama as ambil keputusan untuk beli buah rantai. dapat 2 bentuk buah rantai berbentuk hati. satu untuk adik kecil as.. dan lagi satu?

hehehe... mama as hadiah kan untuk as dan letak sekali dalam bekas rantai batal wudhuk as.
orang kedai tu siap tanya lagi.. ni untuk pakai ke atau kahwin. as cakap kahwin.. terus dia tukar box. dapat lah box berhati merah tu.. hehehe....

mula-mula as ingat nak beli bauah rantai guna duit mas kahwin yang Incik Naruto bagi kat as.. tapi tak sangka pulak mama nak hadiah kan.. :)

terima kasih mama... kakak sayang mama... muahh.! doakan kakak jad isteri yang solehah ye.. dan tak lupa, kepada Incik Naruto... aikk? dah macam ucapan untuk ambil anugerah pulak. kikikiki

lepas habis sesi membeli batal wudhuk, Incik Naruto belanja makan KFC pulak.. hehe.. mama cakap upah sebab ikut kitaorang beli emas. kikiki...
tapi kitaorang take away je... sebab adik as yang no.2 tak ikut... :)

1 2008 cinta berkata-kata:

  1. mesilah rindu kat as n citer2nyer..hehhe...seronoknyer dah beli...rahmah ingt nk beli gelang je nnti...

    BalasPadam

dah baca..kena lah komen sekali..:)

Copyright@Hak Milik Siti Norasfiza