Follow Me

Membebel Tak Tentu Pasal

Alhamdulillah.. hari ni dapat ganti puasa untuk hari yang kedua.. yeehaaaaa..! tinggal berapa hari je lagi nak habiskan puasa ganti tahun lepas punya.

tapi... tahun.. tahun.. tahun yang lepas lepas macam mana eh? lupa berapa hari.. tapi as bajet bulan ni nak puasa sampai dapat gaji.. Insyaallah.. nak kejar yang tahun sudah-sudah tu.. aihhsss... start tahun ni kena catit dalam buku. asyik lupa je. catit sehari je buat apa.. aku lah tu. hahaha

tadi as baru pergi hantar wedding rubber stamp kat Fatehah dan brown paper bag kat Cik Chinta.. nasib ada abang pos yang baik hati. hehehe.. terima kasih abang pos. eh, silap.. terima kasih pos malaysia sebab ada staff baik di Skypark. hehehe

as harap barang-barang mereka sampai dengan selamat dan jayanya... Insyaallah..

semalam buka puasa as terus buat aiskrim goreng, air jagung dan of course lah.. makan masakan mama as yang super duper sedap. hehe.. as suka bila mama as masak sayur campur goreng dengan udang. terbaik. kalau masa itu hari-hari pun as sanggup makan. sebab sayur goreng mama as macam-macam ada.. kobis ungu, brokoli, cendawan, carrot, putih jagung, ayam/ daging/ udang. memang best. as memang suka makan sayur..

hari ni tekak tiba-tiba nak makan meatball ikea pulak. aihhsss.. ni baru puasa. belum mengandung lagi. entah apa-apa yang aku ngidam entah nanti. mahu aku minta satay ikan kat Kedah pulak kang. hahaha

ni semua gara-gara Incik Naruto cerita pasal satay ikan kat Kedah sedap. sebatang Rm 0.10... lepas habis cerita pasal satay ikan, boleh pulak cerita pasal wafer kat sana sedap. apa entah nama tempat tu..

tak kira. lepas kahwin nak ajak Incik Naruto hanimun kat sana. naik keretapi pun keretapi lah.. janji sampai dan dapat makan. hahaha

hari Ahad ni as ingat nak pergi layan tuti futi lak.. tutti fruti aihhss.. Insyaallah Ahad ni pakcik as akan bertunang. ingat lepas balik bertunang tu nak pergi tuti futi kat Jakel tuuuu... alahai dekat je... hehehe

asyik cerita pasal makan je kan as ni? teruk betol perangai.

semalam... awal-awal as dah kena 'halau'. bukan kena halau macam "syuhh..syuhh.. pergi main jauh-jauh. semak jer."

bukan.. bukan macam tu.. kira ni 'halau' sebagai nasihat.. ada ke? as semalam baring-baring depan tv.. sambil nak tunggu waktu berbuka.

Mama : [tengah membebel]

Aku : maaa.. jangan lah bising.. kakak tak larat ni...

Adik : entah.

Mama : kakak, ayah pesan. ko lepas kahwin pergi duduk dengan mak mertua. ikut laki ko. jangan tahu nak balik sini je.. mama tak nak ko tak adil.

Aku : elehhh.... [dalam hati memberontak]

Aku : kalau lapar leh balik sini tak?

Mama : aku penyepak pulak budak ni..

Aku : kenapa?

Mama : rajin-rajin lah masak.. ude tu dah lah suka bawa bekal..

bagi as itu bukan halau.. tapi nasihat berunsur.. hmm.. apa eh? kira macam nasihat lah.. as tahu, as bukan mudah berpisah dengan dorang. walaupun dah umur 23 tahun tak lama lagi as masih nak berkepit dengan mama dan ayah as. kalau dorang lebihkan adik-adik as, as merajok. hahaha...

tapi as tahu, tanggungjawab as besar selepas 29.09.2012 ni. as harap sangat as dapat menjadi isteri yang terbaik untuk Incik Naruto. walaupun keras kepala. heeeee... agak-agak kalau nak bodek Incik Naruto kena masak dulu kot..

macam mana lah rupa aku bila duduk jauh dari famili? ada macam koboi tak? kejap ke dapur, kejap basuh baju, kejap masak, kejap kemas rumah... itu pun kalau aku tak kerja.

kalau kerja? mahu macam charlie chaplin lahhhh.....

18 2008 cinta berkata-kata:

  1. moga tabah bila berumahtangga kelak..apa2 pun kena kuat hati..kena prepare semuanya...

    BalasPadam
  2. Kelakar la as ni..hehehe..tblik dgn kte plak...mama n maa (bkal mil) brebut kn sy..hahahj

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha? berebut? kena duduk tengah-tengah ni.. hehehe... biasa lah org tu nurin..nak perhatian lebih :)

      Padam
    2. Tau xpe...brebut
      mama of cos la sbb kte anak tungal perm
      yg mil plak xtau knp nk rbut gak
      hahahahah.mcm pnh dlu kte cter
      dua2 excted n dua2 nk kami kerap blik..yg peningnya dua2 ada plan msg2...pening2

      Padam
    3. hahaha.. habis lah nurin.. hehehe
      kena potong dua ni..
      nurin anak tunggal perempuan yer?
      yg lain lelaki adik ke abang?

      Padam
    4. Bwh kte 2 adk lelaki...tula,tibe2 rasa klon tu bgs.haha

      Padam
    5. hahaha...mesti mak nurin bosan nti xder teman nk bergado. yelah, budk lelaki ni lain.. dorg dgn hal dorg je..hehe..

      Padam
  3. huhu..memang kne bersedia dari segi mental dan fizikal betol lah kalau nak kahwin kan..haishh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup.. kena bersedia. as pun skrg kena rajin ke dapur.. tapi as mana reti masak sangat. macam mana lah nak bg suami makan.huhu

      Padam
    2. haha..alah same la ngan fana jugak as..budak baru nak ke dapur la katekan..apa2 pun haruslah belajar kan..ahakz! :) psst! gud luck ye kat dapur..huhu

      Padam
    3. gud luck jugak utk fana :) hehehe

      Padam
  4. Insya-Allah As! you can do it. Mungkin mula2 agak payah..lepas tu mesti ok. Take time before kita dah selesa dengan kehidupan baru =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin.. mudah2an... harap xmacam charlie chaplin lah.. mau xserupa org nti.. hahahaha

      Padam
  5. tq as sebab tolong teah! cyg as lebih! :)

    BalasPadam
  6. yup! satay ikan kt kedah memang seposen secucuk, memang terbaik dgn sos masam² manis...huhu

    suria pn baru je kena halau ng mak smlm, balik nilai tp hubby x ikut, duduk kejap je dh kena suruh balik.. hahah ;D

    *awesome ohh kawen, haha ;P

    BalasPadam

dah baca..kena lah komen sekali..:)

Copyright@Hak Milik Siti Norasfiza