Follow Me

HIV Test

ingat entry ni? [klik sini] dan [klik sini]

keraguan as terjawab semalam bila pertama kali menjejak kan kaki ke Klinik Kesihatan Shah Alam. ramai ye orang.. orang nak kahwin pun ramai.. orang yang dah kahwin pun ramai.. hehe

as punya appoinment pukul 2.30petang.. tapi as sampai lewat sedikit sebab adik as siap lambat. lagipun, as tunggu dia balik sekolah dulu.. as takkan pergi klinik sorang-sorang okeh. itu alasannya. hehehe

sampai-sampai je semalam, as terus tanya kaunter pertanyaan untuk HIV Test.. mereka suruh as naik atas. setelah sampai je tingkat atas as terus tanya kat kaunter untuk HIV Test. mereka suruh as cari nama as dalam list dorang. make sure buat appointment  dulu yer.. lepas dah jumpa nama mereka suruh as isi borang.

 lepas dah siap isi borang, turun bawah dan ambil nombor giliran di kaunter tadi. dan tunggu nombor untuk dipanggil dan bayar RM 1.00

lepas bayaran telah di buat, bawa borang-borang tu tadi pergi ke Kaunter A... bagi borang tu kat Kaunter A dan tunggu lah nama di panggil. kat situ mereka cek as punya tekanan darah tinggi dan apa entah lagi.. lupa dah.. lepas dah siap cek, letak borang tu kat kotak depan bilik nombor 13..
 dan bersedialah untuk di cucuk.. hehehe

ehhh.. belum habis cerita lagi...

tak lama kemudian, nama as dipanggil.. masa masuk tu.. aduhaiii... dalam hati tu. dah bermacam-macam fikir. tapi nasib as bagus.. pembantu tu ensem... hehe.. tercapai jugak nak orang ambil darah as tu ensem walaupun bukan doktor.. yehaaaa..!

dan berlaku lah beberapa perbualan..

Lelaki Itu : kita ambil darah kat sini ya? sambil tunjuk lengan

Aku : ha? alamak....

Lelaki Itu : alamak...? hehehe.. okeh.. gengam kuat-kuat... okeh, kat sini.

Aku : kenapa dia lelaki sebelah as kena kat jari saya kat lengan?

Lelaki Itu : ohh.. sebab perempuan kita cek thalasemia sekali..

lepas dengar je orang tu cakap macam tu, as terus tutup mata dengan tangan. tak sanggup nak tengok.. tiba-tiba rasa jarum masuk kat lengan.. tak sakit... tapi bila jarum tu ditarik keluar.. aduhaiii... nak menangis aku.
 keluar-keluar je dari bilik 13, adik as tegur muka as macam ayam berak keras. hampeh betol..

lepas keluar tu kena hantar darah kita tu pergi makmal.. dan tunggu lah sehingga nama di panggil untuk ambil air kencing. lepas dah settle semua hantar balik borang tu pergi Kaunter A untuk keputusan HIV pulak. dan tunggu lah lagi sehingga nurse kat Kaunter A tu panggil untuk bagi nombor bilik..
 as kena nombor 8. tunggu lama jugak lah sebab pesakit dalam tu lama bebenor.. entah apa di cek entah.. as dapat doktor perempuan.. doktor tu tengok result as lama sangat.. takut lah jugak..

tapi hati as ni tak boleh kalau diam jer.. tanya direct.

Aku : kenapa doktor? ada problem ke?

Doktor : eh, tak ada.. kita just nak cek untuk pra-perkahwinan je.. ikut prosedur.

Aku : ohhh...

Doktor : tak ada thalesemia.. tak ada HIV.. sihat tapi kita nak cek jugak ikut prosedur...

Aku : ohhh...

Alhamdulillah... as rasa nak melompat je masa tu.. terus keluar bilik tu dan senyum je sampai kereta.. hahaha... tapi kesakitan akibat ambil darah tu tak dapat as lupa. balik terus demam okeh. jangan gelak. hahaha.. as gelak tak apa. ;p

17 2008 cinta berkata-kata:

  1. agaga..takutnye..kalau kat ibu jari pun dah takut..inikan pulak kat lengan..adoiyaii...takutenyeeeeeee...sakit tak as?

    BalasPadam
  2. dear..u nikah bln 9 kn..bkn hiv valid 3 bulan je ke? skang br bln 5

    BalasPadam
    Balasan
    1. 6 bulan dear..boleh tengok gambar kat atas :)

      Padam
    2. hohoho.. tq.. igt 3 bulan :P

      Padam
  3. Bgs la buat dua2 test sekali..sakit2 pon setel lg satu urusan!hihi

    BalasPadam
  4. kenapa ek dd buat 1 test je.ke kt sini xde sistem.ntah hape2 je.da riso pasal telesemia lak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. as rasa cukup lah sekali as buat hiv test dgn talasemia ni..xsggup dah..

      Padam
    2. As wt ktne?takutnya..as,air kencg tok apa?talesmia ek?

      Padam
    3. knp takut nurin? awk pun buat kat klinik yg sama ke nti?

      air kencing tu sbb nk buat ujian pra-kehamilan je..hehe

      thalasemia kena amik darah..masa as, dorg amik darah kt lengan. sekali utk ujisn hiv dan thalasemia.

      Padam
    4. xtau lg...tu yg tnya as wt ktne?myb leh pg tmpt yg sama..takut sbb amk darah kt lengan...hehehe...
      Sbb pnh tgk org derma darah jarum dia bsar gile!hahaha..penakut kn..owh 3test sx ek?

      Padam
    5. ohh..as buat kt klinik kesihatan SA.
      haha.. tak ada besar nurin.. jarum dia kecik je.. tapi masa cucuk as tak tengok. as tutup mata. takuttt.. sampai kena gelak. hahaha..

      amik darah sekali je, then darah tu dorg buat HIV, thalasemia. senang kan.. sekali kerja cuma kena tggu lama sikit la..hehe

      Padam
  5. haha dah lepas dah As kan...
    saya lmbt lg.... hehe
    Klinik Kesihatan SA tu mmg slalu ramai org... stress~

    BalasPadam
    Balasan
    1. a'ah lah.. ramai ibu-ibu mengandung..hehe..
      dah lepas dah.. tapi seksa sbb penakut kan. hahaha

      Padam
  6. yg penting dh lepas...
    eh, rasa mcm xsabar lak nak g buat test... ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe...selamat bakal mencucuk..
      *ayat apakah*

      Padam

dah baca..kena lah komen sekali..:)

Copyright@Hak Milik Siti Norasfiza