Follow Me

DIY On Track

Hai korang.. selamat pagi.. dah sarapan ker? as dah sarapan, tapi perot ni bunyi macam tak makan sehari. malu tau. kuat lak tu. ishhh....

apa yang on track? nak p lumba lari ke? bukan.. bukan.. as tak leh lari dah, badan dah berat. semput dah. muahahahahaha... as nak cerita tentang persiapan as yang berlaku buat sementara ni.. kalau entry terpanjang minta maap lah yer... huhu

Nikah
as rasa projek DIY untuk nikah as tak lah banyak macam hari besar. semua yang simple-simple jer. dan Alhamdulillah, semua dah settle rasanya.. kot lah. hehehe

Shawl Nikah - Done
Veil Nikah - Done
Beading Baju Nikah - baju nikah belum siap
Hantaran - hantaran belum habis beli

untuk baju nikah, as ingat nak beading sedikit. nak cari idea untuk matchingkan veil chiffon dengan baju tu.. hantaran buat lagi seminggu pun boleh kan? as guna bunga plastik je kot... sebenarnya as tak fikir lagi macam mana nak gubah hantaran. hahaha... kalau susah-susah sangat, as lipat-lipat jer... siap. ;p

Malam Berinai
untuk malam berinai ni, as tak buat apa-apa DIY pun. cuma dalam kepala otak nak tambah sedikit decor untuk entrance nanti.. nak letak lilin kot... hari tu as pergi Giant Shah Alam, jumpa bekas letak lilin yang kecik-kecik tu harga Rm 0.99.. kita Rm 1.00 lah senang kan.. nak beli bunga api macam membazir lak. tapi macam meriah pulak.

Khatam Quran
untuk majlis khatam quran, as hanya beading balik baju bertunang as. jimat. lagipun baju tu masih berkeadaan baik dan cantik. buat baju raya pun boleh rasanya. hahaha

untuk makcik-makcik yang jadi marhaban pada hari berkenan, as akan bagi bunga rozet yang dari bunga kait yang as beli dulu. entry tu dah hilang. maaf ampun dipinta.. dan bunga kait tu akan ditambah name tag. name tag tu akan dilakukan secara DIY oleh Cik Soulmate kita. as cop dulu. ;D

Sanding
untuk sanding as memang banyakkk DIY. rasa macam nak pengsan tengok bilik bersepah dengan benda-benda DIY. asal kemas je bersepah balik. serupa tak payah kemas. huhuhu

Veil Sanding - Done
Doorgift Kawan-Kawan - tinggal letak reben je
Button Badge Official - bulan 6 pick up sticker dari Lurvering
Bunga Rozet - Cik Soulmate DIY :)
Decor Bilik - baru hantar kain untuk buat sarung bantal kecik
Decor Tangga - belum try gantung kat tangga lagi.. tak ada masa.. huhu
Decor Kereta - baru beli perkataan RAJA SEHARI
Decor Guestbook - belum beli kertas
Decor Entrance - pinwheel dah siap Done.!
Centerpiece - baru kumpul 10pcs botol air, lagi 14 jer..

untuk doorgift kawan-kawan, as dah usik separuh dari brown paper bag tu... tak sabar nak bagi habis tampal doily paper. harap-harap reben kat rumah tu cukup lah.. malas dah nak keluar pergi kedai tu. hehe.. padahal kedai tu lah as hari-hari pergi beli manik. grrrr...

ohh.. untuk decor bilik as just upah akak kat opiz ni buatkan sarung bantal kecik-kecik tu. tapi as beli 2 biji bantal kecik jer. lepas tu nak potong kain felt hitam untuk buat perkataan RAJA & RATU untuk diletak kat katil pengantin. as pilih sarung bantal warna purple keladi rasanya semeter RM 6. memandangkan bilik as nanti warna putih, set bilik putih dan cadar putih kelabu. as harap warna purple keladi tu mampu naikkan seri bilik pengantin as. cewahhhhh.... ;p

untuk guestbook, as rancang untuk guna kertas keras warna pelangi dan pergi hantar kedai untuk buat hard cover. tapi asyik lupa je nak beli. agaknya as makan banyak semut kot... huk huk huk

untuk bunga rozet, as suruh Cik Soulmate kita DIY kan.. dulu as pernah tempah bunga kait kat FB 100pcs.. untuk tidak membazir, as nak bagi Bridesmaid, Rewang, Marhaban, Caterer dan Flower Girl as pakai... kenapa as kata Cik Soulmate DIY? sebab as suruh Cik Soulmate tambah name tag. so, tak adalah bunga kait tu macam gondol kan. hehe.. korang boleh tengok hasil tangan Cik Soulmate di sini. :)

Post-Wedding
No DIY Projek. mungkin lah kot... hahaha... cuma as tempah dress baru lelaki dan perempuan dan mungkin jugak another kasut untuk post-wedding. tak tahu nak tempah kat Aleng Tohara lagi atau Christy Ng.

7 2008 cinta berkata-kata:

  1. bgus2...rajinkan diri ek as..heheh...makin dekat dah tu...hehhe....gud luck...

    BalasPadam
    Balasan
    1. as kdg2 je rajin..tp selalu je malas..hahaha

      Padam
  2. Wah nama kte disitu..hehe..wah,bestnya dah nk dkt kn..hehehe...

    BalasPadam
  3. as, projek diy nuha bersepah lg pending ;(

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak apa...slow-slow nuha... as bilik yg bersepah.huhu

      Padam
  4. besnye..DIY memg puas hati kan..

    BalasPadam

dah baca..kena lah komen sekali..:)

Copyright@Hak Milik Siti Norasfiza