Follow Me

Ukur Baju Di Badan Sendiri

pheww~ update entry secara pukal hari ni... semua ni gara-gara gambar kat entry yang hilang secara pukal jugak. dan akibat kebosanan yang melanda sekarang ni. lapaaaa sebenarnya... :( semua ni sebab Cik Soulmate kita tunjuk gambar puding roti berkuah kastard tu lah.. hukhuk

puding roti satu.! kuah lebih. hahaha ;p

tajuk aku kali ni... amboiii... hahaha....

minggu lepas masa amik kasut sanding dengan Incik Naruto, kami terus bergerak pergi butik. memandangkan Incik Naruto jauh dan kami hanya berjumpa sebulan sekali je, as rasa ni lah time yang sesuai..

sebenarnya tak adalah fitting baju sangat.. sebab bajusanding kitaorang belum siap.. tapi akak butik tu suruh datang sebab nak ukur baju. senang nanti dia nak buat baju baru kami..

bukan setakat ukur badan jer.. as suruh Incik Naruto pilih sekali baju songket untuk malam berinai kami nanti.. sebab semua yang as pilih semua dia tak berkenan..

warna biru sayang?

nehi..

warna kuning air ni pulak ?

nehi

haa.. warna hijau ni?

nehi

kan? semua dia tak berkenan.. tapi as dah cakap kat dia awal-awal.. as nak pakai kebaya. nak jugak.! nak jugak ada memori macam orang dulu-dulu.. sebab as tengok mama as kahwin dulu dorang pakai kebaya songket biru gelap dengan sanggul cucuk kat rambut tu.. yezzzaa.. sangat cantik mehhh.. jadi as pun nak bersongket dan bersanggul lintang okeh. hehehe

masa kitaorang datang tu, butik ni sedang mengalami perpindahan ke kedai baru.. so, agak berselerak... tapi kami ada rezeki pergi butik baru akak tu.. dekat je dengan kedai lama. kiranya kedai baru dia dekat 1 taman jugak.. cuma lain lorong.. hehe

nak tengok Incik Naruto pakai baju pengantin tak? tapi Incik Naruto suruh tutup muka.. hilang seri pengantin katanya.. haha.. adoiii... macam-macam hal.


time ni kami kena pakai macam-macam baju.. sebab akak tu suruh test.. dia nak cari contoh dan saiz baju yang sesuai.. masa Incik Naruto pakai baju raihan ni, tang seluar tak muat. hahaha.. sebab Incik Naruto macam dah tembam sikit. senang hati betol dia...

as terlupa nak snap masa Incik Naruto pakai baju songket pilihan warna dia.. dia nampak segak. hahahaha.. sila jangan mintah okeh.. melting as tengok dia. muahahaha


design baju sanding pilihan hati Incik Naruto.. mula-mula a stengok macam tak cantik. tapi dah pilihan Incik Naruto kan, as ikut kan aje.. janji dia hensem on that day. hahaha

seperti yang as cakap tadi, rezeki kami sebab dapat pergi kedai baru akak tu kan.. besar jugak kedai dia.. dan pelamin dia pun lawa-lawa.!


kedai ni pun masih dalam renovation.. sebab pelamin kat kedai lama belum semuanya masuk ke kedai baru ni.. dan of course lah, bakal pengantin kena lah amik berkat kat pelamin ni... hehehehe

tak silap as, pelamin mini gini, akak tu kata berapa eh.. as pun lupa lah.. tapi dalam Rm450 rasanya....


time ni Incik Naruto berangan jadi sulatan melaka.. hehehe...

insyaallah, bulan 7 kami kena datang balik untuk fitting baju yang sebenar-benarnya... hehe... tentang hal pelamin pulak, as dah minta akak butik tu datang rumah untuk ukur.. sebab pelamin yang as nak tu 8kaki.. tapi rumah as 12kaki.. belum tolak beam lagi..

yang mama as pulak sibokkk sangat nak pelamin kat luar. as tak nak.. sebab.. hmmm... budak-budak akt kawasan rumah as tu aduhh.. bukan nak cakap.. tapi sebagai customer, as kena lah jaga barang akak tu bagi.. mahal macam mana pun as upah dia, tapi kepercayaan tu penting. as taknak susahkan akak tu.. kesian dia..

tapi as dah cakap awla-awal dengan mama as, as tetap taknak pelamin kat luar. as nak dalam rumah. memang dari dulu itu lah angan-angan as.

3 2008 cinta berkata-kata:

  1. sememangnya songket tak lapuk ditelan dek zaman..huhu..by the way pelamin dalam gambar tuh cantik! :)

    BalasPadam
  2. zaman skrg pelamin cantik2 kan.. huargh dah berlalu dah saya hehe

    BalasPadam

dah baca..kena lah komen sekali..:)

Copyright@Hak Milik Siti Norasfiza