Follow Me

Sambungan Dari Entry Meremang Tu

Tadi mama as ada miskol.. dia kalau miskol-miskol tu as call balik lah tu. dan as pun call lah balik tapi guna tepon opiz lah.. huhu.. maap bos. credit hp tak cukup. hehehe..

entry lepas di sini... bagi mereka yang belum baca..

ada cerita baru mama as cerita tadi... perbualan ni terjadi selepas mama as call orang arif yang dalam entry lepas tu.

orang arif tu tanya mama as apa perasaan dia selepas buat 'pembersihan' semalam.. mama as jawab, mula-mula buat tu dia memang tak sedap hati dan dia buat kali kedua selepas beberapa minit. dan sebelah malamnya mama as tido nyenyak. tapi adik as yang nombor dua yang tido kat bilik as tu tak nyenyak sebab dia terdengar macam ada something kat bumbung, macam kucing berjalan. setahu as lah kan, dulu kalau ada kucing kejar tikus.. laju je dia lari kan.

tapi tido nyenyak mama as tetap di datangi mimpi. tapi mimpi kali ni bukan mimpi macam lepas-lepas.. begini mimpinya..

mama as keluar dari satu jalan dan di hadapannya ada jalan yang penuh dengan air longkang yang hitam. mama as berkira-kira "kalau aku jalan kat situ tentu aku tenggelam" lalu mama as pun ikut jalan lain.. lepas je mama as ikut jalan lain tu, mama as ternampak ada seorang lelaki ikut jalan yang ada air longkang hitam tu. lalu tenggelamlah lelaki tu.

itu lah mama as cerita kat orang arif tu... orang arif tu tanya mama as "bila kita dah tahu begitu,apa patut kita buat? takkan awak nak simpan 'benda' tu sampai tua?" mama as ambil keputusan untuk ambil pendinding rumah dan pendinding untuk ayah as yang selalu balik kerja lewat malam.

mama as ada jugka cerita kat orang arif tu pasal kedatangan ular hitam tiap tahun ke rumah as.. 

yang as ingat masa ayah as tengah masak jem nenas kat dapur. tiba-tiba dengar ayah ketuk-ketuk pintu dengan kasar. kitaorang semua ingat ayah tengah bertukang sambil tunggu jem masak kan. biarkan je lah. adik as ke dapur. tiba-tiba adik as lari ke depan cakap "ada ular tedung.." semua yang sedap landing kat depan tv terus bangun. rupanya kepala ular tu ayah as dah kepit kat pintu sambil ayah as pukul kepala ulat tu dengan kayu. kami ambil keputusan tepon jiran belakang rumah untuk bunuh ular tu.. sekali kapak jer.. putus dua.


selepas tu.. tahun berikutnya rumah as masuk lagi anak ular tedung hitam.. masa tu mama as kat luar tengah tunggu ayah as balik dari solat tarawih. tiba-tiba mama as dengar bunyi macam orang seret plastik. mama as pandang tengok anak ular tu dah menyusur bawah rak kasut. mama as cabot masuk dalam dan tutup semua lubang. masa ni as macam pelik lah.. "mama ni kenapa?" "ada ular lah kakak.." " ha? ular? mana-mana?" sekali lagi khidmat jiran belakang rumah kami gunakan... kami suruh budak-budak yang main kat luar tu panggil ayah as kat surau tu balik. akhirnya, anak ular tedung tu dapat di tangkap. jiran belakang rumah tu amik keputusan untuk jual kat cina.

dan.. tragedi tahun lepas, sekali lagi ular hitam nak masuk rumah as. kami macam pelik sebab pembantu mama as cakap dia tak nampak ular pun masa keluar dari rumah as. tapi kejadian tu terjadi tak sampai 5 minit pembantu mama as keluar dari rumah. macam pelik kan? kenapa dorang tak nampak? ayah as kata, ular tu tengok je ayah as tengah kacau jem... lepas tu ayah as amik keputusan untuk katok ular tu. pembantu mama as tu indon.. faham-faham lah indon kan, dorang banyak tahu benda-benda macam ni. pembantu mama as kata, jangan di bunuh... halau je. kalau dia pergi maknanya memang betol setan atau ada 'benda' orang hantar. kalau dia tak pergi, memang ular betol. lebih kurang macam tu lah...

orang arif tu ada tanya mama as.. "awak berniaga kan? mustahil tak ada musuh.. kadang-kadang kita tak kenal musuh. tapi musuh kenal kita.." buat pengetahuan korang, famili as memang tak rapat dengan salah seorang jiran as. tu kira kes dulu lah.. pasal apa entah. mungkin sebab mama as berniaga maju.. then orang dengki agaknya. sebab dia berniaga tak jadi macam mama as.. dan mungkin dia geram sebab sedara dia pun beli biskut dengan mama as, bukan dengan dia. 


tapi as pelik betol, kenapa melayu suka jatuh kan melayu? kalau kita berniaga ikhlas, insyaallah... walaupun bisnes tu kecil tapi rezeki tu mesti lebih.


as akui, memang mama as bisnes maju.. order biskut raya je duit boleh dapat 60k untuk sebulan jer. jadi tak mustahil akan ada orang iri hati kan? tapi kena ingat, bisnes ni banyak dugaan.. jadi bagi sesiapa yang nak berbisnes tu, teguhkan hati. walauapa pun yang berlaku... orang tak suka ker.. orang dengki ker.. ingat nawaitu kita. kalau baik maka baik lah jadinya... Allah sentiasa ada dengan kita yang sabar. kita hanya usaha dan tawakal...

3 2008 cinta berkata-kata:

  1. huhu..seram bace..=)
    semoga keluarga As dilindungi oleh Nya...

    adat lah berniaga, ada persaingan kan...mungkin orang tu jeles nye tak bertempat kan..

    BalasPadam
  2. hurm..as..hati org payah kite nak jangke...tapi kalau dah alang2 tau tu kan..bawak2 le cari pendinding..seng cite..lg selamat la setiap perkara yg kite wat tu..dilindungi Allah s.w.t.,..Insyaallah,,,

    BalasPadam
  3. seram nye akak baca cerita as ni..huhu.

    semoga as dengan family selamat dari segala macam bahaya..semoga Allah melindungi as dengan family,
    banyakkan berdoa dengan Allah ya :)

    BalasPadam

dah baca..kena lah komen sekali..:)

Copyright@Hak Milik Siti Norasfiza