Follow Me

Meremang Segala Bulu

Lately, mama as kerap dapat mimpi yang bukan-bukan.. dengan erti kata lain, mimpi yang menggerikan.

ada pempuan tua yang buruk nak cium mulut mama as.. mama as geli sebab air liur dia.

korang sendiri fikir lah macam mana jijiknya..

sebelum mama as dapat mimpi tu, mama as demam sampai hilang suara dia. dan sebelum demam, mama as cakap masa dia tidur tiba-tiba terdengar ada suara macam ayah as panggil dia macam ni "mama, bangun.!" suara tu sebiji macam ayah as dan sangat keras.

mama as bangun sebab terkejut. bila mama as tengok jam dan sekeliling ayah as masih belum balik. akibat dari beberapa kejadian ni, mama as ambil keputusan untuk menghubungi orang yang arif.

orang arif tu tanya beberapa soalan berkaitan dengan rumah yang kami duduk sekarang ni.. antaranya.

- ada pernah nampak apa-apa tak dalam rumah tu dan di mana.
- lebam-lebam bahagian peha.
- selalu marah dan tinggikan suara kat suami dan anak-anak.
- bunyi atas bumbung.

dan ada lagi soalan yang as lupa..

dan kebanyakkannya apa yang ditanya itu positif... memang ada pada mama as.. buat pengetahuan korang, sebenarnya bukan mama as je yang pernah nampak susuk manusia dalam rumah ni. as pun pernah nampak tapi dulu.. beberapa tahun dulu.

masa tu as tengah masak kat dapur. as pasti kat depan memang tak ada orang. adik as kat atas. masa as tengah masak sambil nyanyi, as terasa seperti diperhatikan melalui ekor mata. as terdiam sekejap dan terus toleh kot-kot adik as ke kan. tapi tak ada orang.. hampir dua kali as rasa benda yang sama, as nekad untuk tengok sapa ada kat depan. bila as ke ruang tamu, kosong. tak ada orang.

pada keesokkan harinya, as bersembang dengan mama as apa yang as rasa.. as ingat as sorang je. rupanya mama as pun rasa benda yang sama bila tiap kali dia bangun buat kuih pada pukul 2.30 pagi.

kadang-kadang bukan tu je yang as alami, hari tu as pernah terdengar bunyi tapak kaki kat atas. betol-betol kat bilik adik as. bunyi dia 3 langkah je lepas tu senyap. langkah tu macam orang turun dari katil. serius.

dan hari ni, mama as melakukan 'pembersihan' kat seluruh rumah yang kami duduk hampr 23 tahun ni.. dengan berbekal air yang dicampur dengan limau nipis, garam, Surah Al-Fatihah dan Ayat 3 Qul.. mula lah proses 'pembersihan' itu..

dan hasilnya korang nak tahu?

dalam banyak-banyak kawasan dalam rumah ni.. ruang tamu, dapur, bilik air, bilik as, bilik adik as, bilik belakang dan ruang tamu kat sebelah bilik as.. bilik as yang mama as rasa kencang.! jantung berdegup kencang macam nak jatuh mama as kata.

as mula-mula dengar macam tak percaya.. sebab as tak pernah rasa apa-apa dalam bilik tu.. tapi bila as ikut mama as naik semula untuk 'pembersihan' tu, as gugup. belum pernah as masuk bilik sendiri dengan hati yang macam tu. dengan erti kata lain.. TAKUT.

hmmmm....

sekarang ni as tengah lepak kat bawah dan rasa macam taknak naik atas dan tido kat bilik. bila takut tu menguasai diri, as jadi penakut yang teramat sangat. 

dan kata orang arif tu, 'benda' tu bertuan.. as teringin nak tahu siapa tuan dia.. agaknya tak takut mati tuan 'dia' tu kan? hebat..

6 2008 cinta berkata-kata:

  1. erk... as.... dengan kite2 sekali meremang bace entry as ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. as skrg tido berteman dengan adik....takut.

      Padam
  2. eii..seram la as baca cte as..
    hope semua ok ;(

    BalasPadam
    Balasan
    1. so far, mama as dah okeh. cuma as dengan adik yg tido kat atas je x okeh..

      Padam
  3. Reen yang bca ni pon meremang2 semua bulu jugak sampai rasa atas kepala. Takut nye. Banyakkan doa, solat hajat & Baca quran tau.

    BalasPadam
  4. mak oit as...takutnyer..hurm..harap2..sme pun baik2 je untuk as n family..do take care

    BalasPadam

dah baca..kena lah komen sekali..:)

Copyright@Hak Milik Siti Norasfiza