Follow Me

Kenapakah Dia?

hari ni member as ada buat satu status pasal warna tema wedding.. as kongsi lah idea as. lepas tu boleh pulak dia cakap dia tak suka oragn kahwin warna purple. geli nak termuntah.

oh..??

aku kahwin pakai tema purple kot? tapi tak apalah.. setiap orang lain-lain citarasa.. :)

as cakap kat dia as tak pakai purple tapi putih..decor yang kecik-kecik macam sudut guestbook, photobooth dan centerpiece as buat colourful sebab as taknak warna purple tu terlalu biasa sangat.

lepas tu dia cakap "ala.. tak buat semua tu. buat biasa-biasa je. yang penting nikah. jangan tak nikah pulak"

as cakap as buat hanya untuk suka-suka.. nak sambut tetamu dan kawan-kawan. nak tengok kawan dan tetamu datang majlis kita happy, balik pun happy.

korang nak tahu dia cakap apa? "untunglah siapa jadi kawan-kawan ko..huhu" 

as nak bagitahu yer, bagi as tak ada konsep untung dan rugi dalam kita buat majlis kahwin. setiap tetamu yang datang membawa doa. jadi kita sebagai tuan rumah haruslah sambut tetamu tu dengan cara yang elok. 

cara as, selagi as mampu as akan cuba buat yang terbaik.. dulu as susah. duit simpanan tak cukup nak kahwin. famili minta macam-macam. as ikhtiar.. as doa banyak-banyak. betolkan niat.. boleh kata hari-hari as bergadoh dengan mama as. berselisih faham. mama as nak itu, as taknak itu. as nak macam ni, mama as lak taknak macam ni.

as berbincang dengan Incik Naruto, macam mana nak buat. Incik Naruto cakap ikut kan jer.. dan tengok pada pandangan positif.

lama jugak as fikir.. apa sebenarnya yang famili as nak untuk wedding as. rupa-rupanya dalam diam Allah tu tolong as.. adik as datang bilik as, bagitau sesuatu..

adik : mama nak tengok ko cantik sekali je kak seumur hidup.

aku : ............ 

Allah tu Maha Kaya... tak payah tunggu lepas kahwin, sekarang pun as boleh kumpul pahala.. dengan as bahagiakan hati mak ayah as. lepas tu, as nekad.. as usaha cari duit kahwin.. as buat belanjawan tiap-tiap bulan dapat gaji. 

dan bila ada orang argue apa yang as buat, as bukan tak boleh terima.. tapi as berfikir balik. berapa kali as buat famili as tersenyum? as rasa terlalu sikit... as paling banyak melukakan hati dorang. jadi as cuba tunaikan apa permintaan mama dengan ayah as untuk wedding as ni.. as cuma nak tengok dorang senyum bahagia sepanjang majlis as... 

lumrah dunia, setiap apa yang kita buat tak semua akan sempurna.. tapi biarlah cukup di mata kita dan famili kita...

as percaya.. B2B kat sini semua jenis yang struggle untuk buat yang terbaik masa wedding. sebab? majlis ni sekali je seumur hidup.. lagipun korang buat semua guna tenaga dan usaha sendiri kan. titik peluh sendiri tu lebih berharga bila orang kagum semangat korang berbanding duit yang dah keluar entah berapa ribu untuk satu-satu benda...

as berani cakap macam tu sebab as sendiri rasa.. buat doorgift untuk kawan-kawan, buat decor comey-comey untuk wedding sendiri.. memang penat. penat sangatttt... dengan stress lagi. tapi hasilnya? boleh dapat lebih dari yang beli dah siap kan?

kepada B2B, jangan kedekut untuk wedding sendiri tetapi jimat. 

p/s : apa beza orang kedekut dengan jimat? ;) 

orang yang kedekut, hanya tahu nak murah tapi tak survey. tapi orang yang jimat ................................... fikir sendiri

11 2008 cinta berkata-kata:

  1. Suke sgt entry u ni. Yep. I feel the same too. Plus my parents dh byk keluar $$$ for house renovation. x salah kalo kite nk tolong yg lain2 kan? at the end of the day, msti kite akan happy and akan buat org lain happy. especially family. i bab2 family ni, msti priority. I said that to my future husband sekali ;)

    BalasPadam
  2. biasela manuasia..adalah tu yg dia dengki tu..
    haritu ana bertunang pn ada jgk sorg hamba allah nie nak mendengki dah tu sebok pulak tany mcm2..then bile dh tau sebok nak banding2 kn kite gan org lain..
    wt xtau je dgn org mcm nie..

    BalasPadam
  3. betul tu as...setiap org berbeza2...
    pada sy, sy suke wat snd..sbb hasilnye myb xsecantik mana tp puas itu ada..dan myb kawan2 kiter or tetamu akan hargainya..
    sbb apa sy ckp gtuh..wpun wedding sy xtau mcm mana keaddannye nnti..tp parents sy dah decide nk kasi sesuatu doorgift yg berbeza dr yg lain..
    dan kami hasilkn snd :) handmade u..hehe

    biarlah org nak ckp pe pun..kan2...

    ya..berjimat itu survey :)
    kalo nk murah tp xde kualiti n bile tetamu dpt die akan ckp eleh..xsedap mana n ke tong smpah jawabnye nnti lagi membazirkn..

    BalasPadam
  4. dear... berjimat and kedekut xsama.. kedekut duit banyak selalunya.. berjimat ni untuk yg xbape cukup.. wat takat mampu.. kalau deko2 tu xsampai membazir i rasa should be ok je.. i pon gigih usaha prepare doorgift.. baju pon nk diy sendiri je.. bkn kedekut.. berjimat n xnak membazir.. memang sehari je.. but memorable whole life.. watpe grand2 at last hati xtenang gak.. rezeki Allah yang bg.. so kalau dpt byk tu beruntung la..kalau x usaha or kongsi je ngn orang lain.. orang yang pemurah ni selalu rezekinya murah.. series ckp.. duet gaji beribu2 pon kalau rezeki tu xberkat memang xkan cukup.. ignore je org ckp.. jnji kite rasa happy dengan ape yg kite wat.. my mum pon dulu nk simple2 je..ni makin dekat banyak plak yang die request.. sebab kite kawen skali je kan.. peace :)

    BalasPadam
  5. sekali seumur hidup je. bila lg nk mrasa jd wedding planner. kih3. go go sis!!

    BalasPadam
  6. suria pernah kena kes camni, bermula bila mana 'org' tu baca blog suria.
    bunyinye cam menyindir kite kan..? stressss

    kite x boleh puaskan hati semua org at least kite boleh puaskan hati parents pun dah alhamdulillah. kalo betul kwn dia akan support apa saje.

    memang berbeza antara kedekut & berjimat, suruh dia g school lg sekali..LOL

    BalasPadam
  7. btol tu as..mcm2 lah benda yg berlaku bl nk wat majlis kahwin ni....xpelah..ini dugaan n cabaran...semua orng ade pndpt...dngr je la kan...tp jgn pk kan sgt ye...gud luck as...xlame dah tu...

    BalasPadam
  8. sangat2 bersetuju..buat ikot kemampuan sendiri..walaupun kite bersusah payah penat buat sendiri semua tapi at the end kita akan rasa sangat berpuas hati dengan apa yang kita dah hasilkan untuk tetamu yang meraikan kita.Itu jelah tanda kita hargai mereka yg datang ke majlis kita. :)

    btw maybe dia jeles kot coz tak kretip cam as..huhu..

    BalasPadam
  9. setuju! betul org kata, org nk kawen ni, rezeki murah. insyaAllah, ada je rezeki tu kat memana.. ;)

    BalasPadam
  10. dugaan mmg byk as. tapi kena kuat. kikin pun dah lali dgn perangai2 org mcmni. malas nak ambik pot. janji aku kahwin. hehehe :)

    BalasPadam
  11. setuju sangat ngan pendapat as.. kawan as tu mungkin saje nak turunkan semangat as...ape2 pon kite suke baca blog as!!! =D
    penuh dengan inspirasi... =D

    semoga semua yang as buat buat orang sekeliling as bahagia..

    BalasPadam

dah baca..kena lah komen sekali..:)

Copyright@Hak Milik Siti Norasfiza