Follow Me

Tempahan Veil dan Sewa Veil Kembali

Setelah sekian lama Chantek by As mendiamkan diri.
ye...lamaaaaa... semenjak as disahkan mengandung ashraf.. sejak tu as dah tak pegang jarum gunting manik lace dan yang seangkatan dengannya.
rasa macam alah.

mau tak nya... blog pun tak ter'update' sejak preggy.
Bila buka je... dah tak tahu macam mana nak menaip macam dulu.
Hilang momentum nak menaip.
kalau tak dulu... kemain laju. Ada je cerita-cerita yang nak dikongsikan bersama.

sejak dah segalanya sepenuh masa ni.. baru la senang sikit nak buat. Baik mem'baking'... mahupun mem'beading'

Ni veil baru untuk disewa..
warna beige dengan belacan purple.
as masih dalam proses menjahit manik...

veil untuk disewa dari koleksi as tak banyak. Baru nak masuk 3 helai.
ada lagi 1 helai warna putih.
yang tu mungkin as nak buat kombinasi biru turqoise atau hijau emerald.

InsyaAllah...

lupa nak beritahu.
kalau ada yang nak tempah veil atau upah jahit manik dialu-alukan. Tetapi untuk bulan JANUARY, FEBRUARY dan MARCH as dah fully booked ye..

January - doorgift agar-agar kering
February - doorgift coklat moist & coklat homemade
March - candy buffet

as ambil sebulan hanya 1 SLOT SAHAJA.
untuk bulan-bulan yang lain as masih FREE....
berminat?
boleh terussss emel as di ct_norasfiza@yahoo.com.my
atau WhatsApp 0122421745

0 2008 cinta berkata-kata:

Catat Ulasan

dah baca..kena lah komen sekali..:)

Copyright@Hak Milik Siti Norasfiza