Follow Me

Milkbooster

Sementara ada peluang ni.. update cepat-cepat. Kang kenalah tunggu beberapa dekad lagi baru terkedek-kedek nak update. Hahaha

hari ni as nak throwback perjalanan sepanjang as menyusu badan ashraf sehingga dia setahun ni dan juga supplement as ambil.
macam-macam ragam... macam-macam dugaan.

Sepanjang as mengandungkan ashraf. As memang dah niat nak susu badan sehingga ashraf 2tahun. Lahir je ashraf ke dunia.. as dapat menyusukan dia tanpa ada masalah nipple.

Masa as berpantang. Bukan setakat as je tapi semua orang yang berpantang amat berjaga-jaga dalam pengambilan makanan. Yelah, takot anak kembong dan sebagainya kan.
Masa tu lauk paling sedap ikan bilis goreng.. tempe goreng.. makan dengan nasi panas-panas. Fuhhh...

as masa hari pertama hingga ketiga ikan haruan je... masak kicap kering. Masak kuah asam. Goreng. Last-last as request tempe + ikan bilis kicap je hari-hari. As memang hantu tempe. Anak jawa katakan.. hehehe
kentang as tak boleh makan... ashraf kembong.

dah habis cuti 2bulan lebih tu.. as pun kembalilah bekerja. Time ni memang kita fikir nak supply susu banyak-banyak supaya anak dekat pengasuh cukup susu.
saat ni la as banyak belajar mengenai supplement dari Group Mom to Be di Facebook

Jom tengok supplement yang as ambil.
Supplement pertama as ambil adalah Shaklee.
Mula-mula as ambil memang efek dia bagus... tapi dia kena banyak-banyak minum air masak.
bila dah 2 3 bulan as consume benda ni.. lama-lama dia macam dah immune.
Hasil dari as pam kadang-kadang tak memuaskan.
pernah sampai kais pagi makan pagi.. kais petang makan petang tau.
hari ni pam untuk supply esok pagi.

Hasil menuntut ilmu dengan sifu-sifu dan hasil pencarian maklumat di internet.
Percubaan kedua... air kurma merah dengan longan kering.
sedapppp.. macam laici kang.

macam mana nak buat?

rebus je air dalan periuk.
letak gula secukup rasa.
masukkan kurma dan longan.
Rebus sampai buah-buah tu kembang dan warna air tu berubah kekuningan.
matikan api. Sejukkan sebelum masuk ke dalam peti.

esok pagi sebelum pergi kerja ke.. ke mana ke.. minum la sejuk-sejuk.
nanti korang akan dapat rasa.. sekejap je miss B korang akan rasa penuh dan bengkak.
tambahan, air ni jugak sesuai untuk sejukkan badan.

Ni pun antara perkongsian ibu-ibu yang sentiasa mencari milkbooster mereka.
air sengkuang cina.
kalau tak jumpa sengkuang cina.. beli air dalam tin ni je...
hehehe...

tapi kena ingat.. milkbooster ni tak boleh selalu ambil.
nanti dia immune dengan badan. Production susu akan jadi biasa.
kena sentiasa cuba dan mencuba...

0 2008 cinta berkata-kata:

Catat Ulasan

dah baca..kena lah komen sekali..:)

Copyright@Hak Milik Siti Norasfiza