Follow Me

Selamat Hari Raya

Phew phew phew....

Lagi 4 hari je kita dah nak raya. Maka dengan itu, tamatlah sudah ibadat puasa untuk tahun. Mudah-mudahan dapatlah kita berjumpa pada tahun depan. insyaAllah....

Persiapan raya? as tahun ni biasa-biasa je... jangan terkejut as belum beli sehelai pun baju raya. As hanya sempat grab tudung bawal kangaroo 2 helai dengan 2 helai baju jalan je tau. Baju jalan yang dulu harga RM30 tu dah turun jadi RM5. Murahkan?

Incik Naruto seponsor. hehehe...

Semalam kaedahnya as ajak pergi Econsave je sebab nak cari barang buat popia nestum. InsyaAllah, tahun depan masuklah biskut baru. Tahun ni just buat gitu-gitu je. Tak ambil banyak pun tempahan.

Lepas keluar dari Econsave tu Incik Naruto ajak pergi Uptown Batang Kali. Boleh lah.. usha apa yang patutkan.

incik Naruto suruh beli blouse. Memang banyak yang lawa-lawa tapi masalahnya saiz pulak terlalu besar. Hmmm... kempunan disitu. Blouse yang dekat Danau Kota tu pun berkenan tapi tak sempat nak beli sebab 1 saiz besar dan lagi 1 sebab ashraf dah merengek nak tido.

Mana taknya.. time dia bergayut kita ajak jalan. Memanglah parah...huhu...

Hari ni Incik Naruto ajak pergi pasar malam Bukit Beruntung pulak. Begitulah Incik Naruto, suka pergi tempat macam tu. Katanya murah dan banyak choice. As pulak jenis tak kisah. Kalau dapat yang murah dan cantik kenapa tidak kan? hehe

Tak sabar ni nak selpi. hahahaha...

Okeh lah korang, selamat hari raya.. maaf zahir batin. segala keterlanjuran menaip, bercakap dan pendapat harap dimaafkan. Kira 0-0 lah ye.

Bagi yang balik kampung tu sila lah berhati-hati di jalan raya.. semoga selamat sampai dan selamat balik.

Semoga kita berjumpa lagi dihari akan datang... dalam blog as. muuahh.!

0 2008 cinta berkata-kata:

Catat Ulasan

dah baca..kena lah komen sekali..:)

Copyright@Hak Milik Siti Norasfiza