Follow Me

Bayi Siapa Macam Ni?

Ibu mana yang tak runsing bila anak dia suruh menyusu meronta-ronta. aihhh... perkara ni berlaku dekat Ashraf dalam 2 3 hari ni. Tak tahulah apa yang tak kena dengan dia.

Semalam as terpaksa bawa Ashraf pergi Klinik Kesihatan sebab Ashraf selsema dan batok dah 2 hari. Doktor kata ada kahak dekat paru-paru dia dan ada sedikit semput. Lagi lah bertambah-tambah risau. Dengan bapak dia merokok lagi. Bila cerita part ni mula lah aku nak hangin 1 badan. gggrrrr...

Okeh, berbalik pada persoalan yang asal.

Normal ke budak lelaki air liur meleleh... semua barang yang dia pegang semua nak masuk mulut? Bila mainan tu jatuh dia nangis.

Ke dia sebenarnya lapar?

As terfikir dia lapar sebab masa Ashraf check up 3 bulan, berat badan Ashraf tak turun tapi hanya naik sedikit sahaja. Dalam 0.5kg je. Lepas tu kalau bagi menyusu meronta-ronta macam kita paksa dia isap susu.

Boleh ke budak besar Ashraf 4 bulan ni bagi makan cerelac beras?

Mohon korang bagi cadangan dan pendapat. Sebab as planning untuk eksklusif breastfeed sampai 6 bulan...

8 2008 cinta berkata-kata:

  1. as!..

    bab meleleh tu..anak saye pon meleleh gak air liur dia skrg..

    bab masukkan barang tu...masukkan barang tu tak la..tapi dia masukkan tangan dia dalam mulut...nak kata lapar..baru je lepas minum susu...


    bab bapak yang merokok tu!..
    ye..memang geram!..

    :(

    BalasPadam
  2. pls..no to cerelac.. baby xlapar la..mnum susu dah cukup as.. maybe die ada problem lain kot.. rayyan mcm tu kalau keluar dulu..xnak mnum susu.. sampai bsh2 baju.. kdg2 die nak main.. mnum botol ok x?

    BalasPadam
  3. As,

    Bab masuk mulut tu biasa la..Itu adalah habit comforting untuk baby. Itu bukan dia lapar..

    Usus baby 4 bulan tak matang lagi. Jadi tak perlu bagi makan. Hanya selepas 6 bulan baru boleh makan.Banyak penyakit boleh jadi. Yang terbaru refer link ni http://www.goriau.com/riau-sehat/bayi-usia-3-bulan-sudah-diberi-bubur-ini-akibatnya.html?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook



    BalasPadam
  4. hai mommie :)
    yup...merokok mmg geram...suh papa jauh2 n basuh tgn after smoking n kumur2 b4 cium..huhu
    bab mkn..jgn bg slagi blm 6bln..huhu
    bab masuk mulut mmg normal..:)
    aisy smp la sume nk masuk mulut wpun dh setahun :)
    enjoy ur bf journey

    BalasPadam
  5. Ayra pun sama.. Tp sy sumbtkn aje dlm dia mronta.. Bila dia dh rasa susu dlm mulut, br dia diam n hisap nipple.. Baby biasa masuk brg dlm mulut sbb mgkin gusi dh nk start mngeras.. Xyhla bg lg as.. Kesian dia.. Usus dia blum mtg

    BalasPadam
  6. Baby 4 bulan terlalu awal nak bagi makanan. Perot dorg kecik lagi yak boleh nak terima makanan. Ade yg usus rosak sebab bg makanan dr seblm yg sepatutnye. Baby memang macam tu suke masukkan tangan dalam mulut mcm org lapar siap bunyi2. Padahal tak lapar pun. Awak discuss dulu dgn doktor mntak kepastian dlu kalau nak bagi makan. Tanye yg pakar.

    BalasPadam
  7. salam. semoga Ashraf cpt sembuh. pelan2 bagi dia mkn cerelac. rasanya dah boleh bg tu... ok, abe kie follow sini. tq.

    BalasPadam
  8. sama la macam baby kita umo 2 bln skang...kadang2 bila nak bagi susu dia tak nak..bila masukkan puting je dia meronta.tapi sumbat je..kdg2 dia buat camtu sbb dia mengantuk sangat.bila sumbat kan je dia hisap dan terlelap.tapi penat gak layan dia meronta.

    BalasPadam

dah baca..kena lah komen sekali..:)

Copyright@Hak Milik Siti Norasfiza