Follow Me

Pengalaman Diseluk

Semalam as terpaksa pergi ke hospital berikutan kesakitan di bahagian pinggang, perot dan mengeras setiap 10minit sekali.

Sakit?

Sakit... time mengeras tu Tuhan je lah yang tahu. Habis semua part dia tangkap. As hanya mampu istighfar banyak-banyak dan kawal penafasan.

Tepat jam 1.30 tengahari Incik Naruto balik rumah dan bawa as ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk cek bukaan. As plan nk bersalin di Hospital Selayang berikutan as punya rekod dekat sana. So, kalau ada apa-apa masalah dorang boleh rujuk terus dengan pakar.

Sampai je as di wad kecemasan, as diarahkan untuk terus ke wad 5 iaitu wad bersalin. Kemudian as diarahkan untuk masuk bilik bersalin untuk cek jantung bayi. Sebelum tu as kena buka seluar dan pakai kain hospital. Time ni memang tak fikir apa dah.. kena selok pun selok la.. janji anak aku selamat.

Tak lama lepas tu.. misi datang dan dia suruh angkat kaki tinggi-tinggi. Terus tanya dia "sakit tak kak?" Misi tu jawab "bersalin lagi sakit dik". Terus redha... Masa dia masuk je terus gengam tangan misi tu. Yelah.. tangan husban tak ada nak pegang. Capai je lah tangan misi tu.

Misi cakap "dah buka 2cm. Lepas saya selok ni comfirm akan berdarah ye. Pakai pad tau. Kalau nak pergi selayang tunggu bukaan dah 4cm ke atas. Kalau tak dia suruh awak balik".

Lepas kena selok tu.. petang tu terus rasa nak meneran ada. Sakit macam-macam sakit ada. Tapi elok lagi pergi beli barang dapur, pergi makan isi perot dulu. Manalah tahu memang nak bersalin ke kan. Sekurang-kurangnya perot tak lapar.

Kitaorang sampai hospital selayang dalam pukul 9 atau 10 malam macam tu. Terus pergi wad bersalin tingkat 5. Dekat sana sekali lagi as diselok. Bukan sekali tapi 2 kali. Mula-mula fikir 'dah la bawah ni berdarah sebab kena selok. Kang kalau selok lagi bertambah sakit lah.'

Tapi semua tu hilang akibat bunyi mengerang dekat katil sebelah. Ya Allah.. orang sebelah as memang menjerit bila bukaan dia dah ready. Terkejot jugak lah as. Masa dia kena tolak pergi labour room Incik Naruto cakap dia menjerit kat pintu nak keluar tu. Berpeloh-peloh akak tu walaupun suasana sejuk malam tu. Incik Naruto cakap dia tengok pun dia takot. Haaaaa.... jihad tu.

As punya bukaan masih 2cm.. tapi sakit dah kejap-kejap. Lagi-lagi bila as baca doa nabi yunus. Sakit... rasa nak meneran. Tapi doc pesan tunggu keluar tanda-tanda besar macampendarahan yang banyak, pecah ketumban dan baby kurang gerak baru datang balik hospital.

Doakan as dan baby selamat. Rasa nak keluarkan cepat-cepat sebab tak larat nak tanggung sakit dengan batok lagi ni. Gatal makan manggis. Terus batok. Padan muka.

5 2008 cinta berkata-kata:

  1. insyallah selamat.
    sara dulu lewat 12hari sampai kena paksa keluar. sakit beranak x tau...sakit kena paksa keluar amat perit..
    tengok muka anak...hilang terus sakit. lupa dah.

    BalasPadam
  2. semoga dipermudahkan semua untuk as n baby..aamiin..=)

    BalasPadam
  3. semoga selamat ibu n baby. insyaAllah.sy emergency czer sbb jantung ank dropped

    BalasPadam

dah baca..kena lah komen sekali..:)

Copyright@Hak Milik Siti Norasfiza