Follow Me

Shopping Barang Baby

Dulu belikan barang baby untuk kawan-kawan je. Sekarang kena beli untuk anak sendiri. Tapi masalahnya masa beli untuk kawan-kawan tu reti nak memilih segala bagai. Tapi bila anak sendiri? Serba-serbi tak tahu. Terpaksalah as dengan Incik Naruto set date dengan mama dan ayah as untuk bawa kitaorang shopping barang baby.

Terukkan?

Bukan apa.. bila tengok baju 3-6bulan. Alahai.. comelnya. Muat ke kat anak aku nanti. Beberapa kali jugaklah Incik Naruto perasan as begitu masa survey barang baby dulu. Sampailah dia sendiri pening.. dan akhirnya "nanti kita keluar dengan ma ajak ma pergi beli barang baby"

Hari ni mama as bawa kitaorang pergi Kompleks PKNS. Dekat situ adalah 1 2 kedai yang jual barang baby... nak pergi Wharehouse Sale? Jangan harapla... Date mesti tak ngam dengan kitaorang. So, terpaksa redha...

Antara barang yang dapat lah kitaorang beli tadi..
As panggil bedung tutup kepala ataupun hooded towel set.. beli sebab nak guna masa keluar hospital nanti.
Jenama : Pigeon
Harga : RM 26.00

Tuala mandi untuk si kenit ni..
Jenama : Pigeon
Harga : RM 27.00

Baju baru dapat 5 helai.. tapi hanya 3 sahaja yang kitaorang beli tadi. Lagi 2 helai tu hadiah dari mama dan ayah. Diorang dah belikan dulu sebelum kitaorang ajak shopping. Nampak tak siapa yang excited sekarang? Huhu
Jenama : Pelbagai
Harga : Bawah RM 15.00 (beli set dengan seluar bukan yang asing-asing tu. Kecuali Pigeon, Disney (hadiah) dan Anakku (hadiah)

 As senang je.. panggil tikar getah. Haaa... hihi.. dulu masa kecik-kecik bila mama dah tak guna benda alah ni as kutil-kutil gelembung angin tu. Kutil macam mana.? Ambil gunting keluarkan angin dalam tu..hahaha.. jahat tak jahat lah aku dulu. Menjahanamkan je tahu.
Jenama : Pureen
Harga : RM 16.90

Mandian baby.. bulan depan beli lagi.. tunggu gaji lah ye anakku. Dah kopak ni.
Jenama : Pureen
Harga : RM 18.50

Bulan depan plan nak beli barang sendiri sikit-sikit. Terutamanya kain batik. Masaklah aku... dah la tak pernah pakai kain batik. Tiba-tiba kena pakai mau terlucut kang.

As list kan beberapa barang keperluan baby yang as tahu eh kat sini...  agak-agak kalau ada yang terkurang korang tambah-tambahla sendiri dalam checklist korang.

Keperluan Baby
* Barut
* Bedung - Done
* Tilam + Bantal - Done
* Baju Siang - Done
* Baju Malam - Done
* Sarung Kaki/Tangan - Done
* Topi
* Pampers
* Botol Susu
* Bedak - Done
* Mandian - Done
* Tuala - Done
* Beg/Bakul
* Napkin

Keperluan Ibu
* Stokin
* Kain Batik
* Pad
* Bengkung - Done
* BreastPump - Survey

As senaraikan ini dulu.. nanti full checklist as share dekat page depan orite.

1 2008 cinta berkata-kata:

  1. Tak pe..Beli sikit2.Saya beli sikit2. Lama2 sekotak jugak barang budak kecik ni

    BalasPadam

dah baca..kena lah komen sekali..:)

Copyright@Hak Milik Siti Norasfiza