Follow Me

Mood Raya Dah On

Selamat Hari Raya semua...

Macam mana persiapan raya korang? Mesti meriah kan? Ermm...perasan tak gambar-gambar as tak ada watermark? Online dan upfate entry pakai hp je. Huhu...

Macam yang as pernah cerita kat entry yang lepas, as dan Incik Naruto follow family as ikut bershopping kan?

Pada mulanya plan nak pergi Jalan TAR tapi Incik Naruto berkeras taknak pergi sebab dia cakap sesak. Yang Si Mak Butung ni siboook sangat nak ke sana tak padan dengan perut yang nak memboyot.

Akhirnya hati ni menurut je la.. tapi Incik Naruto dah janji nak bawa as pergi sana selepas raya. Yeayy.! Sesesak Jalan TAR, Shah Alam pun sesak sama. Berapa kali pusing sebab nak cari parking.

Baju-baju kat Kompleks Shah Alam not bad. Cantik-cantik jugak. Tapi untuk yang saiz macam as yang besar di perot ni susah sikit la. Jadinya pakai jubah dengan dress je lah..

Tak habis siang ahopping, Incik Naruto ajak pergi Uptown Shah Alam. Pun jem jugak. Redha je la... tapi as tak leh tahan lama. Kaki dah lenguh.

Habis part shopping, of course kena fikir pasal menu masakan untuk pagi raya. Semua masakan kena minta resepi kat sifu. Siapa lagi kalau bukan mak as. Haha.. nampak sangatas ni bukan kaki dapur kan. Hehe..

Yang paling penting esok last kerja... hahaha...pagi rabu pergi pasar pagi cari barang nak masak. Selamat berperang di dapur lah ye kaum wanita.



0 2008 cinta berkata-kata:

Catat Ulasan

dah baca..kena lah komen sekali..:)

Copyright@Hak Milik Siti Norasfiza