Follow Me

Sakit VS Makan

Semalam as bercuti. lebih kepada cuti sakit.

pinggang sakit... perut sakit. sakit tu kadang-kadang rasa macam nak meneran. terpaksa kejutkan Incik Naruto 2 3 pagi. esoknya pergi klinik tempat kakak ipar kerja ambil mc.

sekarang bawa kereta wajib letak bantal kat belakang, kat office pun sama. tidur pun sekarang pun kena letak bantal kat bawah pinggang. kalau tak comfirm tengah-tengah malam as bangun.

alkisahnya semalam, Incik Naruto pun ambil cuti. menjaga isteri dia yang sakit ni.
ini adalah makanan rutin selepas bangun tido. as kena make sure as makan ubat ni 2 jam sebelum as bersarapan. kalau tak? dipersilakan keluar semula....hehehe


ni makanan orang tak berapa sihat semalam... pucuk paku masak lemak cili api dengan kepala sotong masak cili. yang kepala sotong Incik Naruto yang masakkan. sebab as tak pernah masak benda alah tu...

lepas je makan, murah rezeki kami dengan baby... jiran sebelah bagi bubur nasi pulak..
mula-mula niat nak rasa je... tetiba tengok dah tinggal separuh. huhuhu

cakap dengan Incik Naruto, tak apa ker? dia kata makan je.. as pun makan je lah. nanti kata berat tak cukup 45kg pulak kan? hahaha... alasan.

1 2008 cinta berkata-kata:

  1. Tengok makanan pun menyelerekan je. Baru follow as.. salam kenal :) take care mummy to be :)

    BalasPadam

dah baca..kena lah komen sekali..:)

Copyright@Hak Milik Siti Norasfiza