Follow Me

Hari-Hari Mau

Korang jangan fikir bukan-bukan pulak. yelah tajuk macam sensored je kan. hehehe...

sejak ada orang dalam perut ni, hari-hari as nak muntah. asal lepas makan acid folic dengan obimin je comfirm...uuweekkk..!!

kadang-kadang sampai menangis muntah. Ya Allah... peritnya..

pagi-pagi macam biasalah as wajib bersarapan. perut ni asal celik je mata ni comfirm berbunyi minta di isi. kalau lambat sikit makan mesti nak muntah.

kalau makan lak kena yang ringan-ringan dulu, lepas tu makan acid folic. lepas 2 3 jam makan yang berat-berat. agak-agak dah hadam baru makan obimin. tapi makan obimin lah as paling banyak ngelat. hahaha... sebiji besar tu as potong 2. kekekeke... ;p

bakal-bakal ibu dan ibu-ibu ada nasihat tak? macam mana nak mengelakkan dari muntah terbelahak ni? h0h0... dah tak lalu nak menahan sakit tekak bila muntah. errrrr...

ramai jugakkan geng-geng blog yang nak jadi mama tahun 2013 ni kan? :)

siapa due bulan 12? angkat tangan sikit? hehehe...

13 2008 cinta berkata-kata:

  1. betol~
    nak petua jugak kurangkan muntah2 ni.. xlarat nya... (T_T)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betol tu diyana..xlarat rasanya...

      Padam
  2. sama la ngn awin....asyik muntah je, makan ke minum ke, muntah juga...

    due awin 05.12

    BalasPadam
    Balasan
    1. a'ah..kdg2 minum je kot..mesti muntah..

      Padam
  3. awal2 trimester mmg mcm tu kot as.tak tau ape tips.sarah dulu pun sampai give up nak makan ubat 4 serangkai tu.pastu tukar obimin baru ok sbb telan sebijik je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. as muntah bila mkn obimin..mkn acid folic tak muntah pulak.agknya as tak rasi dgn obimin kot..huhu

      Padam
  4. Obimin dh leh mkn ke awal trimester ni?sbb aunty kiter yg doc pakar puan kata obimim for 3 bln ke atas.not sure

    BalasPadam
  5. kalau zura pula takdelah teruk sangat muntah. tapi dalam sebulan tu mesti ada muntah, sekali sekala ajelah. tips nak bagi nak bagi memang takde. zura due bulan akhir bulan 7. tahun 2013 ni memang rakan blogger yang akan jadi mom to be. bolehlah berkongsi macam2 perkara2kan. kalo ada kelab lagi best.

    BalasPadam
  6. rasanya lepas 3bulan ok kot.. sy dulu pun camtu.. :)

    BalasPadam
  7. dah makan obimin, tak perlu folic acid. obimin dah lengkap semua vit yang dpt dr KK. try makan obimin waktu malam, sebelum tidur. and minum dgn jus.

    BalasPadam
  8. sy pon byk kali skip mkn obimin tu, da la beso gabak, tp demi baby sy makan la jugak...

    BalasPadam
  9. xde petua utk xmuntah.
    3 bulan bertama mmg gitu. bertabah je.

    BalasPadam

dah baca..kena lah komen sekali..:)

Copyright@Hak Milik Siti Norasfiza