Follow Me

Dapat Update Jugak Akhirnya

Assalamualaikum korang... Selamat Tahun Baru Cina bagi yang menyambut. hehehe....

agak-agak tempo nak menaip lari tak selepas sekian lama tak update blog? huhuhu....

Alhamdulillah... dah sebulan as dengan suami duduk bersama. sekarang ni sedang usaha untuk jadi seorang mama dan ayah. :D

tak sabar kot. yelah, hampir 3 bulan kami PJJ dan menahan perancangan untuk jadi seorang mama dan ayah dalam masa terdekat ni. harap-harap bila dah duduk bersama cepat lah lekat. aamiin... :)

terkejut ke as update blog? tak payah heran lah... sebab as kat Subang. hehe... sambut raya cina kat bandar. selalu dengar orang balik kampung kan? kali ni as balik bandar pulak. hahaha....

kehidupan selepas duduk bersama sangat best. tiap-tiap bulan dah nak dekat gaji, as dengan suami buat list barang-barang rumah yang nak di beli. semuanya dibeli ikut keperluan dan persetujuan bersama. indah. ;) tapi kadang-kadang ada jugak 2 3 barang yang tak ada dalam list kitaorang beli jugak. tapi itu semua ikut kemampuan gaji pada bulan tu.

balik kerja kemas rumah, cuci tandas, basuh baju, sidai baju... dan bersiap-siap nak masak. lepas tu tunggu lah Incik Naruto balik kerja. penat.. tapi segala kepenatan tu hilang bila Incik Naruto cakap sedap.. makan habis.. sendawa kekenyangan. phewwww~~ indahnya perkahwinan. ;)

ohh... ya... lupa nak bagitahu kat korang. as dengan Incik Naruto dah pindah rumah sewa. dah sebulan jugak lah.

nanti ada masa as tunjuk kat korang rumah sewa kitaorang yang tak seberapa tu eh....

semoga kita berjumpa lagi di hari yang lain ye korang... daaaa....

4 2008 cinta berkata-kata:

  1. salm kenal as...:)
    seronok kan dpat duduk bersama lepas pjj..

    BalasPadam
  2. mak ai..lame gak tak nmpak as kan..btw..alhamdulillah la..makin bahgia ye..hehe..

    BalasPadam
  3. Cuba memahamkan cite...maklum le sesekali datang sini... semoga bahagia...

    BalasPadam

dah baca..kena lah komen sekali..:)

Copyright@Hak Milik Siti Norasfiza