Follow Me

Selesai Dengan Penuh Kejutan

Alhamdulillah.. akhirnya selesai jugak majlis kami. bermula dengan Majlis Doa Selamat pada 23 september seminggu sebelum majlis pernikahan. 29 september telah berlangsungnya Majlis Pernikahan kami selepas Zohor. diikuti malam berinai pada belah malamnya. dan keesokkan harinya 30 september berlangsungnya Majlis khatam Quran dan Sanding. dan seminggu kemudian 6 oktober Majlis Bertandang di Kuala Kubu Bharu.

Alhamdulillah.....

hari ni as kembali bekerja seperti biasa setelah bercuti selama 3 hari untuk majlis bertandang hari Sabtu lepas. dengan bertemakan oren putih, majlis yang serba ringkas tu berjalan dengan lancar dan meriah sekali.

majlis ni as boleh katakan sebagai suprise buat kami suami isteri. setahu kami majlis ni hanya majlis doa selamat sahaja. di mana, mak mertua as hanya memanggil kumpulan marhaban dan jiran tetangga sahaja.

namun, sebaik sahaja kami berarak hampir sampai ke rumah suami as, baru as nampak ada meja makan beradap. tak cukup dengan itu, ada pelamin yang dorang DIY sendiri. maknanya? kami kena bersanding sekali lagi.! hahaha

Incik Naruto cakap, mula-mula tu khemah hanya 2 je. bila malam dia perasan ada meja makan beradap. kata famili dia makan-makan je yang lain tak ada. esok paginya, dia bangun tengok depan dia ada pelamin. memang pandai mak mertua as suprise kan kami.

rombongan sebelah as datang naik bus yang disponsor sepenuhnya oleh mama dan ayah as. yang ikut rombongan bertandang ni saudara terdekat dan 1 lorong jiran tetangga yang menolong sepanjang kenduri as dulu. seronok dorang. berjalan jauh naik bus mahu tak seronok kan. dah macam kanak-kanak nak pergi rombongan ke zoo je gayanya... hehehe

dan akhir sekali....
as dan Incik Naruto dengan keluarga dan saudara yang ikut ke majlis bertadang. :) terima kasih banyak-banyak atas segala-galanya.

review akan dilakukan selepas ini.

3 2008 cinta berkata-kata:

dah baca..kena lah komen sekali..:)

Copyright@Hak Milik Siti Norasfiza