Follow Me

Review : Mekap Nikah

Sejak dari awal pertunangan kami, as dah mula men'survey' apa yang patut. terutamanya pakej butik pengantin, mekap nikah dan jurugambar. bukan tergopoh-gapah. as ni memang jenis suka mencari dan akan pilih mana yang terbaik dan kena dengan bajet. hehe.. kata pengantin bajet kan...

tapi, paling susah nak cari MUA. memang susah. sebabnya.. as ni bukan jenis bermekap sangat. kalau keluar dating pun pakai krim muka, bedak tabur baby johnson dan lip ice. senang. kalau rasa nak cantik sikit pakai lah eyeliner.

as juga tak suka pakai lipstick. takut bibir hitam katanya... dari sekolah memang as pakai lip ice. masa bertunang je pakai lipstick. terdetik jugak lah dalam hati as nanti nikah kena pakai lipstick.

setelah hampir beberapa bulan as mencari MUA yang hasil tangan dia paling dekat kat hati as. akhirnya as memilih Whortleberries Make Up sebagai MUA rasmi untuk Majlis Pernikahan as.

as meminta MUA ini untuk tidak pada bulu mata palsu dan cukur kening untuk Majlis Pernikahan as. tetapi blusher warna pink untuk kelihatan sweet. hahaha... konon. padahal as tak suka warna pink okeh.
gambar sebelum dan selepas...

as sangat suka pada bahagian kelopak mata... cantik je dia buat...

final touch up ;)
masa ni dah siap bermekap... akak tu tengah tolong as bersiap. pakai kan selendang, pakaikan veil dan kemaskan apa yang patut. end servis yang bagus. :) gambar semua as ambil dari fb MUA as dengan OP as.

totally, as sangat puas hati. terima kasih banyak-banyak kepada MUA saya. comel betol MUA saya ni.hehe.. tak sempat nak bagi akak doorgift kenangan dari majlis saya. :(

walaupun tak suka warna pink, tapi saya suka warna lipstick nikah saya. comey jugak pink ni eh. hehehe

Email :
Tel : 013-226 1818

4 2008 cinta berkata-kata:

dah baca..kena lah komen sekali..:)

Copyright@Hak Milik Siti Norasfiza