Follow Me

Permohonan Wali Hakim Part 3

Entry 1 [klik sini]
Entry 2 [klik sini]

Seperti yang telah diberitahu masa part 2, as kena hadir bersama-sama saksi ke Mahkamah untuk bicara kan kes as ni. saksi-saksi ini terdiri dari mama dan ayah as sendiri.
sepatutnya as akan dibicara pada pukul 11 pagi, tetapi.. kami datang awal 1 jam. tapi tak mengapa ye kalau datang awal, sebab siapa datang awal akan dibicara awal. :)

seperti biasa, naik ke tingkat 3 di mana terletaknya Mahkamah Syariah Rendah. kemudian pergi ke kaunter pertanyaan yang ada kat situ. kaunter tu ada 1 je tau.. kat situ lah pertanyaan dan buat pembayaran. memang akan jumpa orang yang sama je... hehehe...

masa kat kaunter tu, dorang suruh kita cek nama di list yang dorang sediakan. list nama tu kena ikut dewan. macam as kena Dewan 1. cari nama korang pada list tu dan sign. lepas tu boleh terus pergi ke dewan.

sebelum masuk ke dalam mahkamah, make sure korang mengikut tatatertib berpakaian ya. perempuan wajib menutup aurat dan berbaju kurung. lelaki wajib bersongkok dan pakai baju berkolar.

masa as masuk dalam mahkamah tu, seorang perempuan datang ke arah kami dan menyuruh saksi tunggu di luar. tka boleh masuk. mama dengan ayah as pun keluar, tinggalkan as sorang-sorang. masa as tengah tunggu dorang bicarakan kes cerai, sempat lah as snap 1 gambar.. tapi takut nak masukkan kat sini. hakim tu manis muka dia hahaha... sempat.

tak lama kemudian, nombor kes nama as disebut. as pun pergi kehadapan. berdiri tegak je as. takut punya pasal. kang as duduk kang tiba-tiba kena tengking dengan hakim. tak menangis aku nanti? muahahaha...

soalan-soalan yang di tanya semasa as dibicara...

- datang sini buat apa?
- berapa umur awak?
- tinggal di mana?
- kerja di mana?
- kenapa mohon wali hakim?
- dapat tahu dari siapa?
- bila?
- siapa nama ibu?
- siapa nama ayah?
- bila tarikh ibu dengan ayah kamu bernikah?
- kamu lahir bila?
- berapa jarak antara tarikh nikah mereka dengan kamu lahir?
- cukup ke tak cukup?
- kamu nak kahwin dengan siapa?
- mohd sharifuddin ni bujang ke dah berkahwin?
- antara kamu dengan mohd sharifuddin ni ada pertalian saudara ke?
- nak nikah berapa hari bulan?
- di mana?
- ada apa-apa kenyataan lagi yang kamu nak cakap?

menangis tak menanggis lah as nak menjawab semalam... dah lah sejuk, hakim pulak ensem.. adoiiii... gugup jantung. kemudian saksi pertama dan kedua iaitu merangkap ayah dengan mama as pun dipanggil untuk memberi kenyataan...

lepas tu... hakim sebut "hakim memutuskan ..............."

masa ni as dipinta bangun oleh staff perempuan yang cek nama as masa mula-mula masuk tadi...

dan Alhamdulillah.... hakim berpuas hati dan meluluskan permohonan as untuk bernikah menggunakan wali hakim... syukur... sebelum keluar, as diberi kertas berwarna merah.

as kena kembali ke mahkamah tersebut untuk ambil perintah kebenaran berkahwin menggunakan wali hakim. dan kemudian, as kena pergi ke bangunan sebelah iaitu bangunan JAIS dan pergi ke Kaunter OSC untuk urusan wali hakim. di sana mereka yang akan uruskan semuanya... kiranya, dapat perintah ni barulah as boleh kahwin.. dan perintah ni ada limit ye.. hanya 90hari sahaja...

12 2008 cinta berkata-kata:

  1. Seksanya...Kalau saya tak mau dah jawab orang tu...hahaha

    BalasPadam
  2. assalamualaikum..cik as nak tanya..mmg prosedur nak wali hakim kena naik court ke? saya pun mmg nak guna wali hakim...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam nasuha..

      ye awak. permohonan wali hakim mesti naik court sebab hakim nak dengar penjelasan kita sebagai pemohon. dan saksi akan sokong pemohonan kita dengan memberi kenyataan.

      lepas tu hakim akan bagi keputusan lulus/tidak lulus.

      Padam
  3. awk nk tanye mase nikah2 kn owg tau x kte gne wali hakim..nt diowg x tanye ke..sy pun nk gne wali hakim gak..kalo owg len x bley ek uruskn..kne kte sndiri ke nek court..

    BalasPadam
  4. salam, nk taya as..saya pun akan khawin lps raya ni,bulan 8..kena guna wali hakim..
    memang kena naik court ye tuk permohonan dia?n kena bagitaw family lelaki ke kenapa kita guna wali hakim..aduh, takut mcm2 kes je nanti,,...

    BalasPadam
  5. Salam as nk tanye proses permohonan sampai satel leh kawin tu berape lama..ade x dlm sebulan

    BalasPadam
  6. Salam as....thanks for the info dan sudi berkongsi pengalaman anda disini....Sangat berguna pada mereka yang memerlukan...Cahaya pun sekarang tgh uruskan proses untuk Wali Hakim cuma ada sedikit pertanyaan...time nikah tue as buat dimana yer?masjid atau pejabat agama?

    BalasPadam
  7. Salam..saya pn kena guna wali hakim..bulan 9 ni naik court..takutnya..tp nk tny, yg nk kena amik borg lepas mahkanah selesai tu kena kita jugak ke? Wakilkn mak ayah xboleh? Susahnya nk cuti keja lg..

    BalasPadam
  8. Salam as.sy ni org swk,bakal suami sy org klang selangor.kes sy sme mcm as naik turun makmah.sy baca as punye mcm senang je.tp.npe ble kne kat sy jdi susah pulak.adakah undang2 makmah syariah swk x sme dgn makmah kat smnjung erkk...sebelum ni sy dah banyak pujuk dye.mcm2 cre dh.tp dye tetap dgn keputusan dye x nk tandatangan surat nikah sy...ble sy dah bka kes ke makmah defendan (ayah) pulak blh pusing2 cite dgn hakim nk tanggohkan kes ni n nk bicang kes ni..ble di luar x nk jmpe! mcm mne nk bincang??smpi sy gne peguam n bt surat je 7 rts.ble sy cll makmah kat smnjung dye owg ckp kat sne xde gne peguam n bayar smue ni...sy jdi pening sangat2..(dye org ni mcm lps tangan je temasuk ketua hakim) tuhan je tau niat baik sy. spe2 blh tolong bantu kes sy n apa yg perlu sy bt...

    BalasPadam
  9. Salam as.sy ni org swk,bakal suami sy org klang selangor.kes sy sme mcm as naik turun makmah.sy baca as punye mcm senang je.tp.npe ble kne kat sy jdi susah pulak.adakah undang2 makmah syariah swk x sme dgn makmah kat smnjung erkk...sebelum ni sy dah banyak pujuk dye.mcm2 cre dh.tp dye tetap dgn keputusan dye x nk tandatangan surat nikah sy...ble sy dah bka kes ke makmah defendan (ayah) pulak blh pusing2 cite dgn hakim nk tanggohkan kes ni n nk bicang kes ni..ble di luar x nk jmpe! mcm mne nk bincang??smpi sy gne peguam n bt surat je 7 rts.ble sy cll makmah kat smnjung dye owg ckp kat sne xde gne peguam n bayar smue ni...sy jdi pening sangat2..(dye org ni mcm lps tangan je temasuk ketua hakim) tuhan je tau niat baik sy. spe2 blh tolong bantu kes sy n apa yg perlu sy bt...

    BalasPadam
  10. Salam as.sy ni org swk,bakal suami sy org klang selangor.kes sy sme mcm as naik turun makmah.sy baca as punye mcm senang je.tp.npe ble kne kat sy jdi susah pulak.adakah undang2 makmah syariah swk x sme dgn makmah kat smnjung erkk...sebelum ni sy dah banyak pujuk dye.mcm2 cre dh.tp dye tetap dgn keputusan dye x nk tandatangan surat nikah sy...ble sy dah bka kes ke makmah defendan (ayah) pulak blh pusing2 cite dgn hakim nk tanggohkan kes ni n nk bicang kes ni..ble di luar x nk jmpe! mcm mne nk bincang??smpi sy gne peguam n bt surat je 7 rts.ble sy cll makmah kat smnjung dye owg ckp kat sne xde gne peguam n bayar smue ni...sy jdi pening sangat2..(dye org ni mcm lps tangan je temasuk ketua hakim) tuhan je tau niat baik sy. spe2 blh tolong bantu kes sy n apa yg perlu sy bt...

    BalasPadam

dah baca..kena lah komen sekali..:)

Copyright@Hak Milik Siti Norasfiza