Follow Me

Permohonan Wali Hakim Final

Sebelum as memulakan cerita, as nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua sekiranya sepanjang as berblogging dan sepanjang kita berkenalan kan.. mana lah tahu penulisan as ada yang mengguris hati sesiapa dalam diam.. minta maaf dunia akhirat yer.. :)

okeh, sambung cerita...

Final.. akhirnya kan.. setelah mengharungi part 1, part 2 dan part 3... sampai jugak ke part terakhir dalam proses ni. bukan mudah ye nak mohon wali hakim ni. kena isi borang lengkap dan awal.. sebab proses ini memakan masa yang agak lama...

macam as, sebelum puasa dah start pergi settle kan kat JAIS... awal bulan puasa kena datang sebab nak hantar borang kat Mahkamah Syariah... pertengahan bulan puasa kena naik court untuk bicara.. dan semalam, Alhamdulillah....

selepas hakim meluluskan proses permohonan wali hakim, mereka suruh as datang semula semalam 15/08/2012 pada pukul 2.30 petang untuk ambil surat perintah yang mahkamah keluarkan. kalau tak ada surat perintah ni, tak boleh kahwin yer... hehehe
as pergi ambil surat perintah ni dengan kawa opiz as. dia demam dapat mc... boring duduk rumah katanya.. as angkut lah dia.. hehehe..

tapi kitaorang sampai awal. pukul 2... jadi, macam ni lah permandangannya... kosong.. tak ada orang... lama jugak lah kitorang tunggu... hampir 15 minit.
ini lah perintah yang dikeluarkan oleh pihak Mahkamah. untuk dapatkan perintah kena bayar RM 25. selepas dapat perintah ni, sila pergi ke Kaunter OSC di bangunan JAIS. kaunter OSC ni berada di tingkat bawah sahaja..

tapi, macam as dorang suruh naik ke tingkat 6.. kenapa dan kenapa as pun tak tahu... tapi macam tak ada apa benda je pergi ingkat 6 ni. rasanya tingkat 6 ni untuk daftar nikah, cerai dan rujuk.. macam nak buat kad akuan nikah.

as pun terpaksa turun baik ke tingkat bawah dan masuk ke kaunter OSC dan terus pergi jumpa akak kat kaunter tu dan serahkan sampul surat yang ditulis URUSAN SERI PADUKA BAGINDA.

selepas as serahkan sampul tu, akak tu bagi as 1 keping kertas berwarna biru dan putih. kertas warna biru tu macam surat temujanji kita dengan wali hakim. macam nak booking lah.. dan surat putih tu as lupa nak tengok tapi surat putih tu kena isi nama suami dan maklumat suami macam alamat, umur, no ic, tarikh lahir... begitu jugak diruangan maklumat isteri..

kalau korang perasan kat gambar surat perintah tu ada nama Ustaz Ariffin. ustaz itu lah yang akan nikahkan as nanti... pihak JAIS suruh as call ustaz tu seminggu sebelum majlis untuk comfirmation atau ada pertukaran ke apa ker...

lepas tu?

balik lah............... sempat gak kitaorang pergi shopping menghabiskan duit. hehehe....

2 2008 cinta berkata-kata:

  1. Fuh complicated juga ye. Alhamdulillah selesai :)
    Salam Aidilfitri As :)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum
    Mm..trm ksh share gtg cara nk mohon wali hakim ni..sy sendiri buntu...
    Sy nk tnya..klau dlm kes ank x sah sebaiknya perlu @ x cerita pada bkl status diri..?x sbb kte bwalikn hakim??
    Sy gak buntu

    BalasPadam

dah baca..kena lah komen sekali..:)

Copyright@Hak Milik Siti Norasfiza