Follow Me

Cuti Kahwin

Siapa tak suka cuti woiiii... lagi-lagi cuti kahwin. kalau boleh as nak cuti sebulan. hahaha.. melampau.! biasalah.. pengantin baru.. kikikiki ;p

tadi as baru deal dengan orang admin ni.. nak cuti kahwin. kahwin.. kahwin.. yeayy..! suka betol ko eh as? siapa tak suka kahwin ye dak? ;)

perancangannya as nak ambil cuti 2 hari jer.. sebab Incik naruto pun cuti tak lama sebab tuntutan zahir dan batin kerja.. as pun bukannya dapat cuti lama, sebab tuntutan batin jugak.. eh? nampak benor gatainya aku ni...

bukan.. bukan.. ada akak kat opiz as ni, nak bersalin bulan 9 jugak.. dan tarikh due dia memang dekat dengan tarikh majlis as. T_T menangis woooo tak dapat cuti lama-lama... as kena cover kerja akak tu sampai dia habis bersalin. kenapa aku? kenapa? kenapa?

katakan kenapa... kau buat malam ku.. sukar untuk tido... erk?

dugaan betol kan orang nak buat anak? hahahaha.. bergurau jer..

setelah berfikir secara rasional, telus dan efisen.. as ambil keputusan untuk bercuti 3 hari sahaja.! mana boleh... tentu penat tak hilang lagi...

Jumaat cuti,

Sabtu cuti sebab nak nikah. takkan lepas balik kerja terus nak nikah kan. tak feel langsung.. sat g kena soal, as jawab stock marble je.. pengsan tok kadi.

Ahad tentulah cuti... kalau tak Incik Naruto tu nak sanding dengan siapa pulak.. takkan dengan mama as pulak. kang ada yang kena silat jap lagi ni kang..

Isnin pun as nak cuti. penat tau.. walaupun katering, tapi ingat jadi pengantin ni tak penat ker? phewww~

InsyaAllah, as akan bercuti lama selepas akak ni balik dari cuti bersalin.. hanimun. tengok-tengok as terus berhenti sebab? Incik Naruto cakap as kerja kat sini 4 bulan ni sahaja.. lepas tu ikut dia pindah Hulu Selangor. kena PJJ jugak lah selama 4 bulan ni..

sabar.. sabar..

lepas raya ni, mula lah aktiviti mengepos kad..

5 2008 cinta berkata-kata:

  1. As..nuha pn cuti 3 hari je. X entitle for marriage leave sbb still under probation. Sobsssss ;"(

    BalasPadam
  2. ololo..ciannye as n nuha..xpe2..t dah ada can cuti..
    cuti sampai lebam ye...
    sian nye bakal pengantin..
    sabar tau..

    BalasPadam
  3. sabar..mmg pnt tu. mn tau demam. leh dpt mc. eheh

    BalasPadam
  4. kejapnya cuti..gunakn sebaek mungkin taw cuti tu =)hihi

    BalasPadam

dah baca..kena lah komen sekali..:)

Copyright@Hak Milik Siti Norasfiza