Follow Me

Selamat Tinggal MAS

walaweyhh... semalam dan hari ni je dah berapa kali as buat entry sedeh. korang sedeh jugak ker baca entry as ni? tak mau sedeh-sedeh okeh.. biasalah tu.. asam garam kehidupan. tak semua yang kita impikan menjadi.. kan? tapi as percaya, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. yang penting hati kena sabar.

lupakan pasal baju nikah.

tapi sedeh pasal apa plak kali ni?

hari ni adalah hari terakhir as berkhidmat di Malaysia Airlines System. bermula perjalanan as di sini pada 2 November 2009. kira sudah 2 tahun 6 bulan as berada di dunia penerbangan. cewahhh... di sini lah as mengenal erti kehidupan selepas habis STPM. susah senang bekerja.. pahit manis bergelar orang makan gaji..

tapi.. as bersyukur.. kerana as diberi peluang untuk berada di syarikat besar ni. kenal dengan ramai orang dari pelbagai peringkat umur. seronok. bekerja dengan persekitaran yang baru. belajar perkara baru. dan tidak lain tidak bukan, di sinilah as mengumpul pengalaman as...

ku sangkakan panas sampai ke petang.. rupanya hujan di tengahari.. begitulah diri as. impian as untuk berada di syarikat ni sampai lah akhir tahun 2012 ni. namun, as ni hanyalah pekerja kontrak.. as mendapat berita bahawa kontrak as dan budak-budak kontrak lain takkan disambung.

dengan itu, as menyuarakan hasrat hati as untuk mencari pekerjaan lain. Alhamdulillah.. tak sampai 1 hari, as dapat berita baik. as terus diterima bekerja di syarikat perabot milik orang cina. seronok tu tak boleh nak cakap. mungkin rezeki nak kahwin kot.. memang betol kata orang.. rezeki orang nak kahwin ni murah.. Alhamdulillah...

maka, pada hari ni.. 25 Mei 2012.. adalah hari terakhir as berkhidmat di MAS.

bohonglah kalau as cakap tak sedeh.. as sayang syarikat ni. buruk ke.. baik ke.. di sini lah as menimba pengalaman as takkan dapat kat tempat lain.

as doakan semoga Malaysia Airlines System akan terus maju dan berjaya. aamiin...

nak tengok gambar-gambar kenangan sepanjang as di MAS? korang jangan nangis lak tengok. kang as pun nangis. hahaha

as lupa tahun bila.. tapi masa ni kitaorang ada event dalam office.. nama club kitaorang bubble bee.

raya pertama as di MAS.. office as sangat meriah dengan makanan.. tiap-tiap bulan adalah dalam 3 4 kali buat makan-makan. kalau tak sebab bos belanja mesti sebab budak praktikal masuk atau habis latihan.

gathering pertama as jugak di Hotel Blue Wave, Shah Alam... masa ni tema yang ditetapkan adalah hitam dan putih. as menang banyak giler hadiah. tamak. hahaha

masa ni ada stock check kat simulator. masa ni as dan budak-budak audit diberi peluang untuk naik cockpit. berangan lah kejap jadi pilot kan.. hahaha... tapi as tak boleh lama dalam tu. pening kepala. as kan mabuk darat. huhu.. memang tak boleh hanimun naik kapal ye.. kena naik kapal laut.. wakakakaka

pertama kali masuk Sukan Olimpik Mas anjurkan.. as dari kumpulan Finance. nampak tak as? apa? tak nampak? memang lah tak nampak.. as terlindung sikit kat belakang tu.. hehehe.. masa ni as ambil acara 100m, 200m dan 4x400m... semfutt~

raya terakhir pada tahun lepas.. yelah, raya tahun ni as tak sempat nak raya dengan dorang sebab dah berhenti kerja kan. hehe.. masa ni dengan budak-budak praktikal. as suka tengok budak praktikal yang duduk kat bawah tu. nama dia Gee. veil dia lah yang buat dulu tu [klik sini]. tapi bila tengok lama-lama muka dia.. teringat FY.. hehe.. ke as sorang je nampak macam tu? huhu

hadiah dari department as... isi dalam? jeng jeng jeng... sangat berbaloi.

sejadah dan telekung.. Terima Kasih Daun Keladi.. hadiah ni sangat as hargai. :)

minggu depan, 28 Mei 2012 as akan mula kerja kat tempat baru... mungkin as akan jarang-jarang update. korang jangan rindu tau.. hehe... yelah, tempat baru kan.. kenalah tengok dulu persekitarannya.. kang tak pasal-pasal kena fire lak kang. takut as. huhu

doakan as :)

2 2008 cinta berkata-kata:

  1. dell ade kwn keje kat MAS

    BalasPadam
  2. best ye keje dekat MAS. kite bace entri as, kite pun naik touching~ good luck bekerja di tempat baru!

    BalasPadam

dah baca..kena lah komen sekali..:)

Copyright@Hak Milik Siti Norasfiza