Follow Me

Doorgift Untuk Mereka-Mereka

as dok pikiaq doorgift untuk tetamu, kawan-kawan dan vip.. tapi tak terfikir lak doorgift atau pun hadiah untuk mereka-mereka yang telah terlibat secara langsung untuk majlis as.. atau dengan lebih tepat nya adalah VENDOR.

semalam as baru bincang dengan mama as.. as kalau bab-bab doorgift ni as suka bincang dengan mama as sebab bagi as orang tua ni lebih faham dan ada idea yang bernas. bagi as lah.. tapi bernas-bernas pun biarlah bertepatan dengan bajet as kan.. hehehe

untuk VIP atau pihak lelaki as akan bagi jar dalam box dan bunga telor. mama as cakap bunga telor ni wajib untuk pihak lelaki. kata kenduri kahwin kan..

untuk kawan-kawan yang datang jumpa as dalam bilik as akan bagi jar jugak. tapi jar tu as letak dalam brown paper bag bersama-sama dengan craft yang as buat. gigih tau. harap korang simpan sampai ada cucu cicit nanti. hehehe...

untuk vendor seperti jurugambar, juruvideo, butik pengantin, MUA nikah.. as akan jar jugak bersama-sama dengan bunga telor.. tapi as dah pesan kat mama as supaya mereka ni di beri bekal atau berkat lepas habis majlis. as taknak mereka pulang dengan tangan kosong setelah berpenat lelah untuk majlis as.

orang yang penting lagi adalah pengapit as. kalau tak ada pengapit teruk lahpengantin nak mengipas sendiri kan. hahaha... pengapit as adalah dari sepupu as sendiri dan pengapit Incik Naruto pulak mungkin kawan Incik Naruto sendiri. tentang hadiah yang as nak bagi kat pengapit ni pening jugak nak fikir. yang perempuan free hair. yang lelaki memang as tak kenal. tapi as rasa as nak pergi Nilai 3 dan cari 1 doorgift yang mahal sedikit. 2 orang je kot... tak kisah sangat lah.. kalau 10 orang tu mahu tercekik jugak lah.. hahaha

dan.. yang tidak boleh dilupakan adalah bridesmaid as.. yang kesemuanya adalah 8 orang anak dara yang terdiri daripada jiran-jiran as sendiri... as ingat as nak bagi dorang tudung. ya.! tudung. hmm.. kena pergi Jalan TAR lah ni nampak gayanya... malasnyaaaa nak pergi naik bus.

kat sini siapa tahu kat mana nak borong tudung bawal yang plain tu murah-murah?

memang boleh sakit kepala lah fikir hal doorgift ni. walaupun banyak choice tapi susah nak buat pilihan. apsal eh? kan best kalau ianya adalah semudah makan ABC.. hahaha

11 2008 cinta berkata-kata:

  1. mkn ABC pun susah tau...
    kne tahan sejuk ais tu... pastu, kne tgu dia cair plak...
    susah2... haha joking~

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha.. nakal ni.. babab nti.. ;p

      Padam
    2. hehe gurau senda di ptg hari...

      Padam
  2. as klu nk cari tudung bawal plain..one colour rm7..tudung aidijuma..yg norjuma tu..ada dkt the curve..warna dia ada banyaaaakkk!! and cantik...klu 2 tone and 3 tone rm15..pn cantik!!

    BalasPadam
  3. kat jalan tar lg murah. pergilah. hik3.

    BalasPadam
  4. kita pun tengah terfikir2 nak bagi apa dekat vendor dan pengapit~ nak bagi ape ea???

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau bab doorgift boleh botak kepala fikir.hahaha.. tpi utk pengapit as plan nk bagi kain pasang untuk perempuan dan lelaki bagi kain pelikat jer..

      utk vendor, as akan bagi doorgift yg sama dgn tetamu cuma as nak add tasbih dan surah yassin..

      Padam
  5. dear..i ade nmpk tudung bawal murah2 kt jalan tar..kt sebelah kedai bunga riben..nmpk ramai sgt org persatuan2 dtg beli..tp xsure quality die cmne :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ohh...terima kasih intan.. ingt memang nak pergi jalan tar hujung bulan ni..

      Padam

dah baca..kena lah komen sekali..:)

Copyright@Hak Milik Siti Norasfiza