Follow Me

Pergi Padang Pasirun

Ya Allah... panas sungguh Nilai 3 semalam... as rasa migrain mcam nak meletop kepala. rasa nak suruh orang hentak tukul besi je kat kepala. mama as tak usah kata lah, dia dah muntah-muntah balik dari Nilai 3 semalam.

sebelum kitaorang pergi Nilai 3 semalam, pagi tu as pergi ke Pejabat Agama kat Shah Alam sebab sepupu mama as nikah kat sana. habis majlis dalam pukul 12 dan 1 macam tu lah.. lepas tu kitaorang pergi Nagoya kat Shah Alam.. macma biasa mencari kain untuk orang rewang.. 2nd trip lah ni.. hehe...


as jumpa ni... cantik.. macam nak beli pulak... nak buat apa? rahsia. tunggu jadi baru tunjuk eh? ;p

dalam pukul 2 macam tu kitaorang bergerak pergi Nilai 3.. nak hunting sikit barang kahwin as.. dan untuk majlis bertunang pakcik as 13 Mei 2012 ni..

masuk je Nilai 3 terus nampak kedai TQ tengah buat SALE.. bunga telor ada yang RM 10.. RM 20.. murah-murah weyhh... baik korang pergi sana cepat-cepat. bolot semua yang murah-murah.. tapi as tak beli pun bunga telor sebab lama lagi kan. tapi mama as dah berkenan satu bunga telor kat kedai kawasan rumah.. nanti as pergi kedai tu as amik gambar. hari tu lupa bawa kamera...

panas terik.!

korang bersedia lah payung ker, ubat migrain ker.. errrr.. as memang tak tahan. memang balik dari Nilai terus sakit kepala.. bahangnya.. hanya orang yang pergi Nilai je tau. dorang ni tak reti nak tanam pokok banyak-banyak ker eh?

2 singgit.. 2 singgit.. 2 singgit... mail upin ipin

hahahahahaha... harga RM 30.. beli satu percuma SATU.! tapi as tak beli pun.. hehehe... 

semua cakap semua tak beli kan... haha.. moh tengok apa yang as beli.. sikit jer..


pahar untuk bunga telor as beli dua.. tapi mama as bayar.. hehe.. kain untuk dulang hantaran 30 helai. anak dia 15helai dengan lapik atas 15helai.. dan gabus bentul bulat 9pcs.. yang gabus ni bukan as punya.. tapi pakcik as punya yang as buat bunga tisu untuk hantaran dia tu.. di sini.


sepuloh hinggit satu... mari.. mari.. mari.. haaaa..

betol korang.. tu as punya lah tu.. yang lampu tido macam tempurung kelapa tu..kanan lampu tido tu as beli kat kedai Rose Garden kat Nilai 3 jugak.. kedai dia kat belakang-belakang sikit. tapi bila masuk kedai dia, fuhhh... semua barang dalam tu cantik-cantik. ada frame gambar tu cantik.. tapi lupa nak amik gambar.. huhuhu.. maap.

dan akhir sekali sebelum balik rumah dalam keadaan mabuk todi.. kitaorang layan laksa dulu kat rumah makcik as di Bukit Changgang. pheww~

14 2008 cinta berkata-kata:

  1. wahh as, nak beli gak la bunga telor.bestnya kedai tu buat sales.ingat nak terjah lah this week.memang dah masuk dlm checklist pun hehe tengoklah camne

    BalasPadam
    Balasan
    1. g cepat2 zimie.. bunga telor kat kedai TQ tu serius memang murah..

      Padam
  2. babe, u beli kain tu kat nagoya shah alam katne babe? lawa giler tu..brp semeter..? hihi...if u willing to share la..email me ya..trailingveil@gmail.com thanks!

    BalasPadam
    Balasan
    1. nagoya kat alam sentral.. kat sana kain lawa2..(bagi as lah..) as dah emel dah.. :)

      Padam
  3. ari tu singgah. kedai tq tu buat sale sbb kedai dia tbakar. brg2 y gselamat semua dorg jual murah2. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. betol3 :)
      murah giler..

      tapi mcm mana boleh terbakar eh?

      Padam
    2. jawapan nye mudah je.mcm kedai perabot gak
      biasenye diaorg akan bakar sndiri
      untuk reclaim insurance and clearkan stok2 lama
      then bile bukak yg baru stock pun stok baru.huhu
      ni jwpn dr abg insurans.biase diaorg tau, tp claim release jugak (c***) katakan.paham2 jela

      Padam
  4. as, TQ sale tu smpai bila? nuha harap ju rumah dekat dengan nilai 3 tu..tapi haram nk p sna. MALAS!

    BalasPadam
    Balasan
    1. as rasa dia buat sale sampai habis barang dia.. sebab kedai dia terbakar..memang semalam, ramai org borong bunga telor..pergi lah cepat-cepat..tp sediakan payung tau, panassss bangat.

      Padam
  5. btul ke dulang tu rm2? hahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. dulang tu Rm30.. beli satu percuma 1..hehe

      Padam
  6. kelako lah makcik title post 'Pergi Padang Pasirun' hahahhaa

    smlm pas keje suria singgah TQ, brg yg masih berkeadaan baik dh byk habis.. tinggal yg bau² asap, especially bunga²..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha...gelaran baru utk nilai 3..hehe

      mesti ramai giler org borong..hrga memg murah2..

      Padam

dah baca..kena lah komen sekali..:)

Copyright@Hak Milik Siti Norasfiza