Follow Me

Hantaran Bertunang

hai korang... selamat pagi...

wahh.. tajuk.. bukan main vass lagi kan... hahaha... disebabkan semua gambar dah hilang dalam blog ni. makanya, as pun meng'upload' lah balik.. tapi entry pasal as bertunang as dah buang sebab sakit hati punya pasal sebab gambar banyak hilang. grrrr...

alhamdulillah, pada tarikh 25.04.2010 as telah selamat diijabkabulkan bertunang dengan Incik Naruto. majlis yang pada mulanya berlangsung selepas zohor menjadi selepas asar akibat kelewatan pihak lelaki sampai. semua ni gara-gara pilihan raya di kawasan Hulu Selangor pada 2tahun lepas. huhuhu...

dan Insyaallah pada tahun 2012 ni kami akan menamatkan zaman bujang... cewaahhh... puasa dan raya terakhir sebagai bujang. ;p

eh, sekarang pun bulan 4 lah... maknanya minggu depan genap 2tahun kami bertunang.. weee....

pelamin mini hadiah dari mama as...

dan beberapa hantaran dari pihak perempuan ke pihak lelaki.. 7 berbalas 9.

sireh junjung

bunga rampai

cincin

cincin ni asalnya memang Incik Naruto punya.. cincin ni Incik Naruto sayang sangat. as hanya hantar kedai untuk cuci je. bekas cincin as satukan dengan hantaran bunga rampai.

sampin

songkok

kain ela untuk baju nikah

sejadah

coklat

buah

bepang halia dari orang jawa

ada lagi hantaran yang as tak sempat nak ambil gambar.. antaranya bahulu dan kek. tiba-tiba jadi banyakan? jadi 11 hantaran. tu belum kira yang kawan as bagi lagi. ada satu hantaran kek batik hadiah dari member sekolah as. 

hantaran di balas oleh pihak lelaki sebanyak 7 dulang.. tapi macam biasa.. gambar tak semua yang ada..

tepak sireh

cincin merisik dan cincin bertunang

kain ela 

coklat

 wajik
 
buah

dan lagi satu hantaran adalah kek coklat yang super duper yummy.. memang sedap. tapi Incik Naruto tak bagi as makan sebab as magrain. tapi as makan jugak. hahaha

ni baru cerita pasal hantaran.. nanti as cerita pasal kenduri yang berlangsung okeh? next.!

0 2008 cinta berkata-kata:

Catat Ulasan

dah baca..kena lah komen sekali..:)

Copyright@Hak Milik Siti Norasfiza