Follow Me

Alang-Alang Tu

hari ni hari Jumaat, as plan nak makan Pizza Hut.. rehat lama makan pun kena lah lama.. haha. tapi niat hati sebenarnya nak diet... walaupun den ni kurus, tapi punggung dan peha den sedang membesar dengan pesat.

tak tahu lah nak cakap macam mana, semalam pakai seluar slack.. tiba-tiba je rasa ketat semacam je. tengok cermin. aduhhh... ni semua berkat gilir-gilir makan nasi ayam dan nasi kerabu selama sebulan.!

hebat betol ko ni as.. kalau pagi sarapan nasi kerabu, tengah hari as dah tak makan. kalau pagi as sarapan light-light je, lunch as akan makan nasi ayam.

nasi ayam akak tu sedapppp.. bertambah sedap bila akak tu panggil as kakak iparr.. muahahaha... akak tu cakap muka as macam kakak ipar dia. erk? apa-apa lah.. janji nasi ayam akak sedap.

okeh, berbalik pada lunch hari ni.. as rasa macam order sikit jer.. sekali yang datang.. amboi.. macam nak makan 5 orang. as makan breadstick 3 ketol je dah kenyang.. ini kan pula pizza chicken supreme yang bakal menyusul. sendat perottttt. rasa macam berat je perot ni.

bila makan banyak ni.. teringat dulu Incik Naruto tanya

Incik Naruto : ni apa ni? sambil tarik lemak kat perot as

as : lelemak manja..

Incik Naruto : ni bukan lelemak.. ni namanya cnte dah naik lemak.

sampai hati... ada ke cakap as dah naik lemak.. tapi as dah lama tak timbang ni. harap berat badan naik sampai 40 pun cukup lah... tapi jangan berat tang bontot je.. haha

lepas balik makan, as singgah satu kedai bunga dan ada jual barang-barang kahwin. niat di hati memang nak beli bekas bunga rampai untuk hantaran bulan ni.. dapat 4biji RM 10.. tapi as amik 7biji. Total RM19.00.. as amik warna putih seramik. boleh lah pangkah untuk bekas bunga rampai.

yang as belum beli ada 5 barang je lagi... antaranya..

- cincin batal wudhuk Incik Naruto
- kasut : raya
- set penjagaan badan : raya
- set penjagaan muka : raya
- bunga telor

Bulan 4
- bayar kompang dan Dj
- beli bekas bunga rampai

Bulan 5
- bayar jar
- bayar photo canvas
- bayar kad kahwin

Bulan 6
- beli cincin Incik Naruto
- beli bunga telor
 
kesemua ni as dah list kan supaya senang bila dapat gaji as dah boleh asing-asingkan perbelanjaan. memang ini je lah kerja as tiap kali dapat gaji. kalau dengar as tekan-tekan kalkulator tu, faham-faham je lah.. haha.. masalahnya korang dengar ker? dushh.!

2 2008 cinta berkata-kata:

  1. perancangan yang bagus. Samalah macam saya. Tiap2 bulan dah kena asingkan duit untuk beli apa untuk kahwin nanti

    BalasPadam
  2. wow... hebat dalam merancang la as ni~ kite dah lama tak sepat nak singgah blog as. ingat nak katam kan. ngeee

    BalasPadam

dah baca..kena lah komen sekali..:)

Copyright@Hak Milik Siti Norasfiza