Follow Me

Butik Dan Alkisahnya Semalam

Hai korang.. as tengah sarapan ni... jemput semua. :)

oh, butik dan alkisahnya? yelah, semalam kan as cuti. sebab nak settle kan apa yang patut. dan alkisahnya adalah...

1. Pertukaran Baju Resepsi

seperti entry dulu di sini, setelah berbincang dan menge'test' baju yang ada di butik tu kami telah bersepakat untuk tukar baju resepsi as.. warna baju resepsi as masih warna yang asal cuma design sahaja yang ditukar sebab kependekkan yang melanda as.. hehe

tentang baju resepsi ni, kami belum habis bincang sebab bulan depan baru Incik Naruto turun ke rumah as untuk bincang baju resepsi dia pulak..

2. Pertukaran Baju Songket Malam Berinai

ye, terpaksa tukar kali ni atas permintaan Incik Naruto. pada asalnya baju songket kami adalah seperti di sini.. tapi Incik Naruto taknak baju songket yang bunganya kecik-kecik. katanya macam baju perempuan. hehe..

keputusan tentang baju songket ni akan di tentukan jugak oleh Incik Naruto pada bulan depan.. biar dia pilih sendiri. tapi yang pasti untuk baju songket ni as nak pakai kebaya okeh. baru nampak macam eva green.. cewahh... dan as dah request nak pakai sanggul lintang.

3. Mini Pelamin Nikah

seperti yang sedia maklum, as akan bernikah seminggu awal sebelum majlis bersanding. itu permintaan famili as.

mula-mula tu as tak terfikir sangat, sebab konon-konon nak pakai pelamin sanding jer. tup-tup, dinikah kan seminggu awal. haru jugak lah fikirkan.. sebab as taknak lah famili lelaki datang kosong je macam tu rumah as.. nak jugak lah ada pelamin mini, boleh lah bergambar nanti sesama famili.

mini pelamin untuk nikah yang as cari di sini dan yang as target dari RKM.. namun itu semua khayalan belaka..

sebabnya as dapat harga yang sama dari RKM dari butik yang as amik untuk wedding as.. plus, as dapat stage untuk letak hantaran kedua belah pihak secara free.. so, secara tidak langsung as terus membooking mini pelamin nikah dari butik yang sama... dengan bertemakan warna pastel dan as nak menggunakan backdrop kain putih kat belakang tu jer. simple is more. :)

dan as tempah sekali bunga tangan kat butik yang sama untuk hari nikah as.. settle.!

4 2008 cinta berkata-kata:

  1. Balasan
    1. as amik butik kat kawasan rumah as jer..
      naper dear?

      Padam
  2. berkenan la pulak dengan stage untuk hantaran tu. agak2 mahal x untuk disewa? bole x as email detail butik tu klu dekat n murah ingat nak booking

    BalasPadam
    Balasan
    1. ohh..stage hantaran tu as dpt free sbb as amik dari pelamin nikah dan full pakej untuk majlis sanding..

      as tak tahulah berapa dia charge untuk stage hantaran tu..

      Padam

dah baca..kena lah komen sekali..:)

Copyright@Hak Milik Siti Norasfiza