Follow Me

Hukum Lelaki Pakai Cincin Suasa

sebelum as cerita lebih lanjut..
as nak tanya korang..

korang beli cincin untuk bakal suami/suami korang cincin jenis apa?

kalau yang suasa tu..sila ambil perhatian yer..

1.JAWAPAN DARI JAKIM

Soalan : Assalamualaikum WBTH.
Tuan Panel, saya ingin mengetahui apakah hukumnya lelaki memakai cincin suasa yang bertatahkan berlian. Saya bercadang membelinya untuk perkahwinan saya. Saya keliru sebab ada yang mengatakan boleh dan tidak kurang juga mengatakan haram. Jika ianya haram apakah alternatifnya. Mohon penjelasan para panel yang budiman. Sekian, terima kasih..


Jawapan :
Memakai cincin menurut sunnah yang diperbuat daripada perak adalah harus bagi lelaki. Manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Rasulullah SAW pernah memakai cincin diperbuat daripada perak sehingga baginda wafat. Baginda melarang memakai cincin emas sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud:
"Rasulullah SAW melarang daripada memakai cincin emas".

Cincin suasa adalah campuran daripada dua unsur logam iaitu emas dan perak. Oleh kerana cincin suasa campuran emas lebih daripada perak maka ia dihukumkan emas dan haram dipakai oleh kaum lelaki.

Menurut laporan Mesyuarat Panel Kajian Syariah JAKIM kali ke 31 pada 2-4 Oktober 2000mengenai hukum memakai suasa bagi lelaki adalah HARAM.

Panel menasihati agar pengantin lelaki memakai cincin perak atau platinum.

Sumber : Ibnu Muslim


sebenarnya as pun memang terlintas nak belikan untuk Incik Naruto cincin suasa..
tapi bila dah dapat tahu adalah HARAM bagi lelaki memakai suasa..
jawapannya..
CANCEL.!

7 2008 cinta berkata-kata:

  1. wah..thanks as for the info. emm, tu lah. pening gak fikir nk belikan cincin ape nnt..

    BalasPadam
  2. :) fariza beli cincin silver. ada juga yg beli platinum. ehehehehe

    BalasPadam
  3. @maryaaaaaa : kan?as pun tak tahu..barang lelaki ni macam terhad jer..tak macam barang kita..banyakkkk..hehehe

    @fariza : platinum mcm mahai je fariza?silver mahai x?

    BalasPadam
  4. wajib ke nak beli cincin utk suami? sbb tunang saya jenis liat nak pakai cincin.. tambahan pulak...kami kat sini la..laki beri cincin kat perempuan jer..utk laki takde sangat..jarang org buat..ada pun takpe..takde pun takper..hehe

    BalasPadam
  5. @Vivilicious : tak wajib tapi harus..:)

    BalasPadam
  6. betol tu..
    suria dlu pn penah bace yg cincin suasa pn lelaki xbleh pakai sbb mmg ada unsur emas..

    mudah²an sape yg belum tau tu dpt tau dr info ni ;)

    BalasPadam
  7. @Suria : as pun baru dpt tahu sbb budak praktikal yang nak khwin duduk depan as ni bgtau..kalau tak,memg as xtahu lah..huhu

    BalasPadam

dah baca..kena lah komen sekali..:)

Copyright@Hak Milik Siti Norasfiza