Follow Me

Birthday Cake For My Little One

Assalamualaikum..

lama tak update sini.. sampai naik bersawang dah haa... hihi

Baru-baru ni as menyambut birthday Ashraf yang ke-2 tahun. Alhamdulillah.. dah besar budak ni. Dulu 2.5kg je.. hihihi..
rindu gak kadang-kadang moment masa preggy dulu. Tapi apakan daya, belum rezeki...

Mula-mula as planning nak buat 'Smash The Cake' je.. kemain ko siap banner gantung kat dinding bagai.
Just 3 beranak je la.. dan berbekalkan 2biji kamera handphone. Kikiki..
jadilah dari tak ada gambar.. dari mahal-mahal kat studio.
sebenarnya bajet tak berapa ada bulan 12 ni. Sebab nak hidupkan roadtax insurans kereta.
tu yang d.i.y sendiri je.. hihi

kek Ashraf seperti sedia maklum la.. as memang buat sendiri.
sejak-sejak jadi 'homebaker' ni.
Semua as baking sendiri.
baik kek birthday ashraf, asben, mama, mak mertua, adik-beradik..
lebih puas hati.. deco pun ikut kreativiti sendiri..

jom tengok kek birthday Ashraf..


As buat saiz 5inci..
3warna, putih, light green & turqoise..
sepatutnya as nak buat warna light blue & dark blue.
entah kenapa as cari-cari pewarna biru tak ada dalam simpanan pulak.
jadi lah kan..


Deco..
berkenaan deco ni lamaaaa as fikir apa minat Ashraf.
tiba-tiba 'ting!' baru teringat yang Ashraf suka tengok Timmy Time kat rumah Tok Mami Subang.

dengan kepakaran yang ada ni.. as guna je fondant yang masih berbaki dalam simpanan.
gentel sambil tengok Youtube. Hehe..
Timmy Time ni as hanya jadikan Cake Topper sahaja.

deco wafer tu sebab ashraf suka wafer. Jangan ditanya.. sebab as beli Gardenia punya je. Hihi..
krim yang salut keseluruhan kek as guna Fresh Cream.
Dan sedikit Coklat Ganache untuk efek meleleh tu.


D.I.Y yang tak seberapa dari mama Ashraf. Hehehe..


Hasil bedah siasat kek Ashraf.. macam ni la rupa dia... kambing tu steady je atas kek. Takot kena sembelih katanya. Hehehehe

hadiah?
errmm... as belanja Ashraf beli buku kat Big Bad Wolf je..
Tok Mami Subang bagi basikal.
kayuh belum reti.. just berlagak je atas basikal. Hehehe...

okeh. Semoga kita berjumpa lagi di entry akan datang...

0 2008 cinta berkata-kata:

Catat Ulasan

dah baca..kena lah komen sekali..:)

Copyright@Hak Milik Siti Norasfiza